e

Saturday, December 3, 2011

Undangan ke Majlis Perkahwinan founder faizalpj.com

Salam,



Wah lama tak update tup tap bagi undangan Perkahwinan plak kan..huhu...Orang kata dah sampai seru elok dipercepatkan..Nak melaksanakan Sunnah Nabi Muhamad elok dipercepatkan..Alhamdulilah masa aku mendirikan rumah tangga sudah tiba...Anda bila lagi..huhu..??

Kalau hendak dibandingkan dengan kawan2 aku,aku kira lambat juga le berkahwin berbanding kawan2 seangkatan aku yang mempunyai anak dah pun.



Di sini dengan penuh rendah diri menjemput rakan2 blogger dan follower (faizalpj.com),Facebook (Muhamad Faizal Anuar PJ) dan Twitter (@faizalpejay) sekalian yang mempunyai kelapangan masa untuk menghadiri kenduri Perkahwinan kami.

Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, Berlandaskan Sunnah Nabi,mendirikan istana kasih,merealisasikan mahligai impian,sudilah kiranya YB / Dato' / Tuan / Puan / Encik / Cik / Saudara - saudari serta seisi keluarga dan pasangan hadir ke majlis perkahwinan diriku dgn permaisuri Hatiku ...

Muhamad Faizal Bin Anuar & Nor Izee Binti Abdul Kadir

Pada AHAD, 11 Disember 2011
Bertempat di 318A,Jalan Abdul Raof,

34200 Parit Buntar,Perak..
Taip GPS dapat le tu..
2KM dari USM Transkrian,Nibong Teball

Semoga dengan kehadiran
sahabat2 SEKALIAN, akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya. 














Doakan kami :

Ya Allah Ya Rahim
"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada pengantin,suami isteri berkatilah majlis yg diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya,Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMU.Kurniakanlah keduanya ketenangan,kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu,mudah-mudahan perkongsian hidup yang di bina berkekalan hingga ke akhir usia dengan taufik dan HidayahMu,beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan Akhirat"..Amin

Wedding Websites : http://www.ewedding.com/sites/faizee/



Jika berdekatan Rumah Pengantin Perempuan boleh le ke alamat ini

MAJLIS RESEPSI (Perempuan)

Tarikh :10 DISEMBER 2011 (SABTU) BERSAMAAN 14 MUHARRAM 1433H

Lokasi Majlis :NO.55, JALAN DAHLIA,
FELDA GUNUNG BESOUT 4,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Masa : 11.30 am - 3.00 pm








Saturday, November 12, 2011

Mimpi ngeri tragedi 11.11.11

Salam,

Oh makin bersawang blog aku nie..Lama betul tak update padahal nafsu nak update ada saja cuma kekangan masa saja menjadi penghalang.Walaupun sudah berlalu tarikh unik 11.11.11 tapi seluruh negara akan memperingati tragedi kemalangan maut yang terjadi pada tarikh 11.11.11.

Sama seperti tarikh 10.10.10 satu tragedi ngeri telah menimpa negara satu kemalangan yag menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas. 


11.11.11 4.30 pagi Satu kemalangan maut yang melibatkan bas yang membawa para pelajar dan guru dengan treler yang menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera.

Kemalangan berlaku di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pag

Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.Siasatan awal menunjukkan pemandu berkenan hilang kawalan, melayang ke ke sebelah kiri jalan lalu terbalik.Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas.

Akibat rempuhan itu, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim, Kedah, Khairul Anwar Azhan, 15, serta Maysarra Zaidi, 15, dan guru pengiring, Siti Hajar Mohamad, 33, terbunuh.
Seorang lagi yang maut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45.

 Gambar2 dari BERNAMA








 



Nota kaki : 9.9.9 , 10.10.10 , 11.11.11 , 12.12.12 hanya sekadar nombor tapi sedarkan masa itu ibarat pedang tajam dan emas yang meninggalkan kita....

Friday, October 7, 2011

Bajet @ Belanjawan 2012



Salam,

Anda berpuas hati dengan Bajet 2012 ? Hari ini 7 Oktober 2011 bersamaan hari Jumaat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan belanjawan 2012,
belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10)


Sunday, October 2, 2011

Bugatti Veyron paling cool



Salam,

Lama betul aku tak update blog nie makin bersawang rasanya.Biasa le bila letih malas nak buat entry plak padahal keinginan nak update blog tinggi.Seksi tak kereta Bugatti Veyron GrandSport atas tu..Cool kan...
Bugatti Veyron adalah antara kereta yang paling eksklusif dan mahal di dunia.


Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada faizalpj.com



Salam,

Hari ini kebanyakkan daripada kita yang berada di perantauan adalah hari terakhir kita bekerja sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti.Kebanyakkan dari kita bercuti panjang antaranya seminggu memandangkan Selasa, Rabu dan Khamis adalah cuti umum sempena Hari Raya dan Hari Merdeka.