Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

May 27, 2009

Siswi saman UiTM

Setahu aku perkara siswi kena cabul tu kawan aku Kuzen (bkan nama sebenar) ada citerkan mmg btul pun tahun lalu.Aku ingat perkara tu dah selesai sebab senyap jer..Time cuti semester yg panjang nie jugak.Rasa aku bnyak lagi citer2 mcm tu cuma diorang pandai simpan je.Ni dah terbuka.

Kawan aku citer bdak pompuan tu amik short course tak silap aku tak pun tggu masa nak konvo.Kat kolej Seroja perkara tu berlaku time pagi2 le minah tu nak pegi tandas.Dia didatangi seseorang tapi tak jelas mukanya.Rasa aku nie kerja pekerja asing sbb time tu kat kolej Seroja ada penambah baikkan kolej..Aku pun tak tau sgt citer tu dengar dari kawan le sbb dia tu bdak Kesatria so cuti semester tak balik le.Sekarang nie baru le Kolej Seroja tu ada pagar tidak mmg bebas nak masuk pun.

Seriously aku ingat citer nie dah settle rupanya baru bdak pompuan tu nak saman UiTM ek..Aku rasa UiTM mesti ketatkan undang2 kepada pekerja2 asing nie diorang nie sesuka hati je keluar masuk kolej ke ke mana saja ke alasannya ada keja di kolej...Apa2 pun UiTM dah kena saman.


Di sini ada petikan berita pada hari ini :

Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu.

Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu.

Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati.

Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam. Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam.Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.

Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu.Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir.Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik."Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi," katanya.Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons," katanya.Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana "bertindak seolah-olah tidak bersalah" sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar.

"Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah. "(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?" katanya.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

6 comments:

  1. oh!ada lagi ke cerita ni..penah dgr..

    ReplyDelete
  2. F
    U
    U
    Y
    O
    O
    O

    alahai wek malu jo
    ku ni da laa sbhg pljr UITM SHAH ALAM
    huh

    tpi U lain pun ada gak cite2 ni
    tpi KENAPA TAK DI HEBOHKAN??
    huhu

    ReplyDelete
  3. Damage control kureng...biasak laaa

    aku ada dengar cerita ni tapi tak percaya..sekarang baru aku percaya

    ReplyDelete
  4. xpayah la smpai saman menyaman...benda dah jadi..kalo dia jln kat tmpt laen pon mungkin leh jadi gak mcm ni...

    ReplyDelete
  5. alahai



    skrg kat mana2 pn da bahaya


    saman tindakan yg btul


    bru news tersebar

    klw berdiam diri

    lg ar berleluasa

    ReplyDelete
  6. ooo kes ni...berlaku ms convo dip aku dulu..
    seram gila dgr pmpn menjerit time tu..mn x nye..dlm kul 4 lbh mcm tu..dah la suasana seroja tu suram ckt..sume takut nk kuar..nasib baik x bukak pintu terus ms dgr jeritan tu, sbb pencabul tu lalu dpn bilik ktorg ms tu..yg x thnnya, ade yg nampak la llk tu, jalan selamber je kot lps wat salah...haii dasar syaitonirrajim btl lah..

    mmg pg tu, slps kjdian, mak budak tu ada bgtau nk saman uitm, tp kalo x slp, budak tu menumpang kt kolej tu, tp xbgtau phk mgt kolej..hmm kesian..ape pun..doakanlah yg terbaik tuk dia..cb ltk diri kita kt tmpt dia..br kita tahu ape yg dia rasa..

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.