Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

June 2, 2009

Keletihan melampau.....

Rasanya belum terlambat utk dikongsi bersama kisah 1001 citer Aku & Da gang pada Sabtu lepas (30.05.09) jam 9.30pg. Sabtu minggu lepas memang hari yg perit le bagi aku.Rasanya mcm buruh kasar betul.Pendapat aku mesti disokong oleh member2 aku Mat a.k.a Alang,Chin Peng a.ka bukan PKM punya orang,Bad,Kedah dan Paan.Tapi tidak bagi Abe stamina dia 'bapak' power betul.

Ceritanya mcm nie member aku si Eta namanya ajak aku keja angkat barang kat dalam UiTM jugak le.Dia dah ajak aku Khamis lagi tapi aku tak dpat pegi le kerana petangnya aku ada short course.Tengok Jumaat petang dia call aku kata ada job sabtu & ahad aku apa lagi teruja le sebabnya aku ingat angkat barang masuk lori je.Aku pun cari le member aku sampai 7orang.

RM55 sehari sapa tak teruja beb..Member aku pun apa lagi duit masyukk tu...Kami pun tunggu le Sabtu pagi tu dekat Pusat Islam UiTM.Semua dah cukup 'korum' kami pun mulanya berkerja memindahkan barang2 lecturer di P.Islam tu ke dalam lori.Time nie boleh dikatakan ok lagi tak sampai keletihan melampau lagi..Dengar citernya P.Islam tu nak di renovate kan dan buat sementara waktunya semua lecturer di pindahkan ke Kolej Cempaka tak silap aku.

Menjelang tengah hari kami semua dah dpat upah RM55 termasuk elaun makan tapi kerja belum abis tau.Dalam kul 1.30ptg kami kena datang balik lokasi punggah memunggah nie di Kolej Cempaka plak.Mulanya terasa 'Keletihan Melampau' seperti tajuk apabila kami kena mengangkut semua barang tu ke tingkat 3 & 4 daripada tingkat 1 tu.Bukan guna Lif bukan guna kren tapi dengan menggunakan tangga je.Cuba bayangkan le letih tak letih le.Pastu kena susun barang kat bilik2 lecturer lagi..

Aku ngan member2 dah tak tau berapa kali rehatnya penat usah dicerita le.Masing2 jeles le kalo sapa mengular.Aku hangin betul dengan ank bos ngan member dia peh keja slow giler...Ada tadi tengah hari nampak muka dia sampai tak nampak muka terus..

kami suma 'bengang' je dengan nama di kotak tu yg tertera nama 'Mahboh' kotak brang lecturer tu.Sebabnya punya banyak,banyak tak pe lagi tapi suma brangnya berat2 belaka.tak mampu kami..Aku minta maaf le kalo tersalah eja nama dan kpda lecrurer tu mgkin sbb kami penat sgt.Lecturer tu tak bersalah pun dah mmg keja kami diupah untuk mgangkat barang.

Aku betul2 respek pada Abe mmg gagah betul kami dah betul2 tak larat tapi dia slumber jerr angkat brang..Katanya upah tu tinggi bagi keja buruh kasa mcm tu.BERBALOIKAH KEJA KAMI DGN RM55 tu?????


Nah amik 60rang kami tak datang hari ahad tu cuma Abe sorang yg pergi bekerja.Suma letih aku tak tau diorang bangun kul berapa aku 3.30ptg baru bgun terus cari makanan.Serius penat sgt.Aku ada jalan2 gak tngok kat P.Islam tu nampaknya mcm banyak lagi barang yg belum dipindahkan...Tulah citer aku & the gang Sabtu lepas..Bagi aku tulah keja paling penat penah aku buat.Mental & Fizikal semua penat......


Antara gambar kenang-kenangan :- Pasti korang takkan lupa....



Almari yang perlu dialihkan.bukan ni saja ek




Maaf gambar blur..Aku,ChinPeng,Bad,kedah





Masih bernyawa ke Chin Peng tu.Alhamdulilah..





Kedah yg nyawa2 ikan.hahaha.jgn marah.ok lagi tu.



Mana gambar Mat nie oppss dia yg tangkap gambar sian dia..


Nota kaki :
Terima kasih aku ucapkan kepada semua member2 aku yang bertungkus lumus berkerja.Harap andai ada yang tidak puas hati.Aku hanya manusia biasa yang baik semua datangnya dari Allah yg buruk dari aku....
  1. Chin Peng (nama manis Husnul)
  2. Badri a.k.a Bad
  3. Kedah (tak tau le plak nama penuhnya yg pasti dri Kedah.Huhu)
  4. Abe a.k.a Shahrul (Si gagah berani mgkin masih solo)
  5. Paan a.k.a farhan (balik awai ek)
  6. Aku Si Pujanggan Malam yg berkeliaran...




Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

4 comments:

  1. kenapa si alang dipanggil mat know?
    *curious*

    ReplyDelete
  2. kerja tak ikhlas yek wakakakak apa pun memang berat giler sumer barang2 tue... aku sendiri baru minggu nie tolong ma pindah umah dari pandan perdana ke kjg giler arr.. dari tingkat 4 bai... turun naik aku di buatnya... semput giler... last2 kekejangan otot wakakakak kompom kurus aku wakakakak

    ReplyDelete
  3. tu tak berat sgt le cik nazaitul.tpi berat gak kot.haha

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.