Sunday, May 31, 2009
Aku kena Tag tok sekian kalinya
...thanks ya!;)
1.Ape perasaan anda sekarang?
- Letih sgt sbb smalam angkat barang "bapak" banyak.
2.Saya nak makan?
-Chicken chop ;p
3.Saya tak suka?
-org yg cakap tak serupa bikin...
4.Impian saya?
-nak abiskan degree nie,dpat keja yg bagus & sesuai,kawin,dan seterusnya...
5.Haiwan yg saya tak suka?
- kerbau pendek....
6.Saya harapkan?
-akan dpt keje sbagai engineer...
7.Jika boleh putarkan mase?
- Aku nak kembali ke zaman sekolah byk kenangan...
8.Saya pada 10 tahun akan datang?
-Menjadi seorang engineer yg berjaya dgn MBA Business mungkin da kawin jga ...;)
9.Handphone saya adalah sebuah?
- Nokia N-70 n sony ericson zaman pak kaduk...
10.Saya pernah bercinta sebanyak?
-xleh kasi tau...rahsia...;) - seperti ada apa ngan aku
11.Saya suke pada?
- Nabil nabila..
12.Kawan2 saya?
- Sporting like me....
13.Pernah dikhianati?
-biasala tuh......;)
14.Ape yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
-khianat dia blk..Tunggu je balasan dari Maha Esa...
15.Senaraikan 6 org untuk di'tag'
1) Livesaver (http://lifesaver84.blogspot.com/)
2)Ryehana (http://ryehannazz.blogspot.com/)
3)CahayaChenta (http://cahayachenta.blogspot.com/)
4)Mr.Wan (http://syazwan88.blogspot.com/)
5)Mell Aziz (http://www.kerank.blogspot.com/)
6)Vidadarisakura (http://vidadarisakura.blogspot.com/)
Friday, May 29, 2009
Barcelona menang = Puas hatiku
chelsea. (we know liverpool can beat man u n chelsea in premier league. but in CL currently, liverpool is owned by chelsea) (oh yeah chelsea has a very contrast style by comparing with barca, the one you guys branded it as 'ugly football')
Wednesday, May 27, 2009
Siswi saman UiTM
Kawan aku citer bdak pompuan tu amik short course tak silap aku tak pun tggu masa nak konvo.Kat kolej Seroja perkara tu berlaku time pagi2 le minah tu nak pegi tandas.Dia didatangi seseorang tapi tak jelas mukanya.Rasa aku nie kerja pekerja asing sbb time tu kat kolej Seroja ada penambah baikkan kolej..Aku pun tak tau sgt citer tu dengar dari kawan le sbb dia tu bdak Kesatria so cuti semester tak balik le.Sekarang nie baru le Kolej Seroja tu ada pagar tidak mmg bebas nak masuk pun.
Seriously aku ingat citer nie dah settle rupanya baru bdak pompuan tu nak saman UiTM ek..Aku rasa UiTM mesti ketatkan undang2 kepada pekerja2 asing nie diorang nie sesuka hati je keluar masuk kolej ke ke mana saja ke alasannya ada keja di kolej...Apa2 pun UiTM dah kena saman.
Di sini ada petikan berita pada hari ini :
Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu.
Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu.
Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.
Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati.
Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam. Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam.Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.
Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu.Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya.Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.
Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir.Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik."Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi," katanya.Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.
"Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons," katanya.Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana "bertindak seolah-olah tidak bersalah" sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar.
"Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah. "(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?" katanya.
Messi Vs Ronaldo
Teringat kenangan di UITM Penang
Nak dijadikan citer Abe (bkan nama sebenar) pnya pasal le tiba2 aku teringat kenangan masa diploma kat UiTM Penang.Byk betul kenangan manis dan pahit kat UiTM Penang tu.Mula berkenalan dgn Miss Zee melalui member seperjuangan aku.Tpi tak penah jmpa pun sblum tu.paling aku suka Lecturer kat sana mmg best2 betul slumber je diorg nie pndapat aku disokong oleh Abe..seperti Ir Zul,En Khairul Fauzi dan rmai lg le yg tak sebut minta maaf ek.
Paling sempoi Ir Zul beliau mngajar aku Automotif padahal bkan bdang dia pun.FinaL automotif dpt A le setengah jam je kami wat final tu mmg rekod bagi aku le.Ada le sebab dia napa kami kuar awl rasia tu...Final pojek time diploma dulu Ir Zul belanja kami sekumpulan suma bahan2 pojek cuma kami tinggal nak siapkan jelah.
Aku pun terpikir dalam hati alangkah bagusnya kalo kat UiTM S.Alam nie lecturer dia mcm lecturer kat penang.Senang skit kalo nak cari supervisor untuk Final Year Project.Korang ada cadangan tak tajuk apa aku perlu buat untuk Final Year Project nie ??? Kalau ada gtau le.Dalam kepala aku dah terbayang2 sapakah gerangan lecturer tu.Dari UiTM Penang berkekalan hgga 4 thn.
Aku ada terpikir gak dulu pas diploma tak mau smbung degree dah aku pun keja le nak dekat stahun gak le aku keja.Kiranya nak kawin le cari duit tu.Tapi mcm mana tah terbuka hati aku tok smbung mgkin kilang aku keja tu pun mcm ada msalah kewangan kot.Nak dikuatkan lagi tekad aku tok smbung dorongan family aku org teristimewa dan mgkin dari lecturer aku yg bernama En Khairul Fauzi (telah di war2 kan tdi) aku terjumpa dia kat klinik panel kilang aku.Dia bgtau aku dgn teknologi yg pesat sekarang hnya dgn diploma pun tak laku dah nnti.Tapi tak semestinya ada degree pun keja ok bg aku suma nie rezeki Allah jer..
Aku rasa cukup le aku mengarut pnjang2 yang sudi baca tu terima kasih le jgn lupa komen ek.Eh nak komen apa plak ek..
Monday, May 25, 2009
Betul ke adik Elyana nie.Salah Tolong Betulkan
Posing maut tu minah2 nie.
Off Topic :
Sabtu lepas aku ada terjumpa Amir raja lawak (I'm sorry) peminatnya Yus (haha) kat Danau Kota.Orang suma wat tak tau je maklum le dia pun mcm syok sndiri kat program tu.Ai bla le aku nak jmpa member aku Kump Sepah (Shuib bdk sek aku dulu bkn nama Shuib pun).Ada rezeki jmpa le ek.
Sebab Lu Kaya (Lawak ke perli nie)
SEBAB LU KAYA!!..?
Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang... Sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan! Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan... Ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni? Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan? Nasi bungkus ape standard... Sebab apa?
SEBAB LU KAYA!!?
Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk... Nak tengok-tengok lu orang... Tapi lu maki apehal? Lu dah bagus sangat ke nak maki orang? Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat... Tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang! Lu sibuk pasal lu punya barang... Ada lu pikir pasal TUHAN??? Sebab apa lu jadi macam ni?
SEBAB LU KAYA!!?
Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan... Bukan sikit... Tapi puluh ribu..! Nak cakap b**doh tapi jadi menteri... Tapi pikir balik memang b**doh pun! Lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin! Duit ada berjuta... Lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah? Yang tak makan? Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh? Sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!?
Lu orang boleh tepekik terlolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap! Ada lu orang nak beristighfar? Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang! Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus! Tapi yang lu nak maki dorang apehal? Lu nak saman apehal? Sebab apa?
SEBAB LU KAYA!!?
Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT... Yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh? Nak pampasan??? JANGAN HARAP! Cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel... Tak bersyukur lagi??? Itu tanah persendirian... Lantak lu la nak buat rumah... Tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman? Sebab apa?
SEBAB LU KAYA!!?
Gua bukan dengki pasal lu kaya... Peduli ape lu kaya! Lantak lu la.. Tapi lu kene ingat... Ada yang lagi Maha Kaya... Ada
Friday, May 22, 2009
Pecut ke tu..
Time bawa motor pun leh tgkap video lg tgkp le panorama yg cantik ke.Jgn jeles.huhu..
Kudaku gagal berlari
Rahsia handset tok kecemasan
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN - Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefonbimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI - Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekanpunat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI - Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50peratus.Kuasa tambahan ini juga akan di cas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI - Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkandengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail*#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda di curi,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Makanan dan minuman diStarbuck haram!
Sepertimana yang kita ketahui, makanan dan minuman merupakan keperluan asas bagi manusia. Tanpa makanan dan minuman kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan. Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.
Pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu memperoleh kebaikan daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik dan pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta mewujudkan antibodi dalam badan. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.
Minuman berperisa coklat, vanila dan kopi serta lain-lain yang disediakan di kafe STARBUCKS di katakan haram kerana mengandungi E471 ( Emulsifier 471) , Monodi-glycefideswhich yang berasal dari Babi @ Khinzir. Makanan yang di maksudkan pula ialah kek dan tiramisu kerana mengandungi benda yang haram iaitu arak dan RUM di dalam ramuannya. Kenyataan ini di sahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan menyatakan bahawa STARBUCKS TIDAK PERNAH MENDAPAT PENGESAHAN HALAL daripada JAKIM.
Namun baru-baru ini timbul pula produk buatan malaysia yang mengandungi E 471. Bagaimana produk buatan Malaysia ini memperolehi pensijilan Halal Jakim padahal pada indeks ramuan produk tersebut terpapar E 471 sebagai salah satu ramuannya. Sebagai contoh produk yang di maksudkan ialah:
Ais Krim WALLS
kek Appolo
Kopi Aik Cheong
Twiesties dan sebagainya
E471-Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate) adalah sejenis lemak tepu yang diperolehi daripada tumbuhan serta haiwan termasuklah babi. Antara kegunaan E471 adalah untuk membuat kek, krim vanilla ataupun coklat, aneka jenis puding ,minuman yang penuh krim dan lain-lain lagi sebagai penambah perasa untuk lebih berasa berkrim.
Untuk pengetahuan umum ,hampir 75% E471 dalam pasaran ini di perolehi dari sumber babi. Ia nyatakan oleh Dr. M. Amjad Khan yang berkhidmat di Medical Reseach Institute of United State di dalam artikelnya yang berjudul “PIG FAT”. Ia turut mengatakan bahawa semua yang dinamakan Emulsifier @ E mengandungi lemak babi.
Isu yang berbangkit adalah disebabkan oleh kewujudan benda yang haram didalam ramuan menyediakan makanan dan minuman di STARBUCKS. Bagi umat islam,walaupun benda itu halal di makan pada hakikatnya tetapi jika ia mengadungi benda yang haram dalam ramuannya ia menjadi haram untuk dimakan.
Namun, E471 yang telah mendapatkan pensijilan HALAL JAKIM tidaklah lagi perlu diragui kehalalannya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.
Maklumat yang terbaru saya perolehi ialah STARBUCKS telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Tetapi sejauh mana keyakinan kita terhadap kehalalannya setelah mengetahui sumber Emulsifier itu. Maka kita perlu memikirkannya sendiri.
http://drishak69.blogspot.com/2008/09/makanan-dan-minuman-di-starbucks-halal.html
Wednesday, May 20, 2009
Aku setuju sgt
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan.
"Polis tidak mahu mempopularkan istilah mat rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.
"Masyarakat, media serta pengeluar filem juga disaran tidak mengagung-agungkan istilah mat rempit," katanya pada sidang akhbar di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti samseng jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.
Katanya, langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang berterusan diadakan pihak berkuasa tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.
"Semua pihak termasuklah ibu bapa juga memainkan peranan penting seperti memantau pergerakan anak mereka daripada terjebak dalam sebarang aktiviti tidak bermoral.
"Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyedarkan golongan muda bahawa kegiatan terbabit tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri dan masa depan,"jelasnya.
Pak Polisi motor ni tak rempit ek sbb pmandunya berhemah bawa 100km/j jer.huhu
Tuesday, May 19, 2009
Short Course....Smbut hari jd


Melahap ek Kenyang suda..

Baca doa tak!!
Monday, May 18, 2009
Doa Untuk Kekasih

Betul ke lelaki nie lebih ego berbanding perempuan?? Bagi aku lelaki dan perempuan suma ada ego masing2.Siapa lebih byk berkorban berbanding lelaki dan perempuan???Mesti ke lelaki saja yg msti berlembut dan mengalah dgn perempuan??? Banyak lagi persoalan yg bermain di fikiran aku...
"KaDAng2 ALLAH jaRaK'n HuBuNgAn kIta, KeMUdiAn DIA daTnGkN PUla DgN DuGaaN..PuAs KiTA MeNAngiS M'cR mAnA oRg KeSYgAn KitA,RupA2nYe, ALLAH nK HadiAhkn KIta Ksh SYg y B'pNjgaN..:)"
Saturday, May 16, 2009
Survey pun dpt duit.
msuk laman web diberi tu korang daftar le...
Everyday, you say something.
You SMS, chat online, and talk to your friends and family.
What if you got rewarded for your say?
More than 160,152 young Malaysians and I have been active in this community and I thought you would want to check it out.
How does it work? * Get paid when you take surveys, help businesses and society serve you better. * Meet like minds and influence others as you discuss your interests, current issues in the group discussions. * Help young Malaysians with their questions. Or ask one of your own!
It's actually quite addictive and you can earn a bit of money on the side. Till date, members have earned a total of RM 150,205.
You have to see it for yourself!
http://youthsays.com/go/ggp
Friday, May 15, 2009
14 May yg telah berlalu..

mlmnya aku kuar pegi makan ada org tristimewa dia msak tu.Lepak2 mkn kat situ ternmpak le skumpulan peminat remote cntrol main helicopter dan kapal terbang.aku pun join le mcm syok plak.layan gak beb.Tu je gmbar yg smpat aku amik tak clear pun maklum le hphone murah kan.Aku pun balik.
mlm tu aku nak jmpa madet sbb nak amik nota micropy kan.Call pun pnya susah btul nak dpt cntact mamat nie.di luar kawasan le.Peh dpt call rupanya kat rstoran syed tepi PAS(Plaza Alam Sentral).Aku pun pi le tgk2 rupanya dia ada dgn Kely ngan Fuad.Kami ber empat (Aku,Madet,Kely dan Fuad) pun lepak le agak2 smpai tggal kami jelah kat situ.Kul 5pg aku balik
Byk btul kami bersembang..Isu semasa,dadah,final exam,isap gam bak kta suma isu le kuar mcm dlm parlimen plak.Hari tu aku baru tahu sesuatu tpi biarlah mjadi rasia kau sorg..Jgn risau ek aku tak bocorkan.Apapun aku happy je lepak ngan member aku maklum le bosan kan.Yg si Kely nie wat pelik plak smpai tak tau dah harini ari apa maklum le dia bkan smbhyg jumaat pun..Hello geng bila lagi nak lepak..
Tu jelah apa yg berlaku pada hari jadi ku yg ke ....?? Pgi ptg aku tak watpe pun mlm yg jdi kelawar tu.
P/s:Jgn marah ek yanie (http://yanieyahya.blogspot.com/) dan Lifesaver (http://lifesaver84.blogspot.com/) aku pkai lagu puspa-ST12.Aku mmg suka pun lagu tu sbbnya bdak umah aku Com B pasang je tiap2 hari tu...Jgn2 menolak Blogku...huhu
Thursday, May 14, 2009
lagu Axl's
Haha ini le lagu yang selalu aku layan.karaoke pun nyanyi lagu nie..bosan2 aku tgk liriknya aku nyanyi sorang2..hahaha.kat dlm umah je tak mengacau org pun..
Artis Axl's-akulah kekasih dan Andai dpt ku undur masa..
Cuba le dgr best tau feeling habis kalo sdap gtau aku tak sedap dtg blog aku dgr lagi.haha
Tuesday, May 12, 2009
Bosan Tahap dewa
Wanita Berwatak Baik Mengikut ilmu Katuranggan, wanita yang dikatakan baik itu mempunyai ciri-ciri yang berikut:-
- Bentuk kepalanya bulat. Wajahnya membulat bagaikan bulan purnama. Dahinya rata dan serasi.
- Matanya agak lebar memanjang, tetapi manis dipandang. Sorotan matanya berkilau tajam, jarang mengerdip dan jarang memandang sesuatu dengan lirikan mata.
- Keningnya memang agak lurus dan bulu matanya rapi.
- Hidungnya lurus dan agak mancung serta garis sisi kanan dan kiri hidungnya kelihatan jelas.
- Lebar mulutnya berukuran sederhana. Bibirnya selalu tertutup sehingga giginya terlindung. Namun, tetap nampak berseri-seri. Bibirnya rata dan tidak cembung
- Telinganya tebal dan bentuknya menarik
- Bentuk dagunya menarik dan daging bawah dagunya tebal
- Jari-jemarinnya meruncing, tapi kukunya tebal. Telapak tangannya juga tebal. Namun bahagian tengahnya halus bagaikan sutera
- Bentuk tapak kaki dan jari-jemarinya elok, tapi mengenai jari-jemarinya ini, tebal tapi lembut dan kaku jika ditekap (atau menjijak). Kukunya juga jenis tebal
- Badannya lebar dan daging punggunya tebal (berisi).
- Rangkanya (tulang-temulangnya) sederhana atau halus, dan kulitnya halus dan lemas, tapi padat
- Jika ketawa, badannya tidak bergerak-gerak, termasuk tidak terhinjut-hinjut atau sebagainya.
- Duduknya teratur. Jika sedang duduk bertimpuh, kakinya rapat dan rapi. Ketika duduk, dia tidak bergerak-gerak
- Tatkala melenggang tangan, tidak pula sampai menguak ketika dan badannya tidak ikut bergerak (terhoyong).
Monday, May 11, 2009
JIKA WANITA UMPAMA IKAN
Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?
IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai... adanilai, ada kualiti....INI WANITA BERKERJAYA.. ...
IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dankeangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai danmemancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. ...INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas...... ..
IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak-lenggoknya.Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, keranatermasuk kategori ikan hiasan.....INI BINI ORANG.......
IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. ... mcm gam...INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......
IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hatiINI AWEK TEPI JALAN....... .
IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....INI BINI SENDIRI....
Thank to pakcikdot
I'm back..huhu
Tuesday, May 5, 2009
MINTA MAAF YE...
final exam nie.rasa mcm takde masa nak update plak..
ok adios...
jgn windu2 ek...huhu
Entry Panas
Blog Archive
-
▼
2009
(75)
-
▼
May
(21)
- Aku kena Tag tok sekian kalinya
- Barcelona menang = Puas hatiku
- Siswi saman UiTM
- Messi Vs Ronaldo
- Teringat kenangan di UITM Penang
- Betul ke adik Elyana nie.Salah Tolong Betulkan
- Sebab Lu Kaya (Lawak ke perli nie)
- Pecut ke tu..
- Rahsia handset tok kecemasan
- Makanan dan minuman diStarbuck haram!
- Aku setuju sgt
- Short Course....Smbut hari jd
- Doa Untuk Kekasih
- Survey pun dpt duit.
- 14 May yg telah berlalu..
- lagu Axl's
- Bosan Tahap dewa
- JIKA WANITA UMPAMA IKAN
- Thank to pakcikdot
- I'm back..huhu
- MINTA MAAF YE...
-
▼
May
(21)
Labels
Santapan Ilmu
-
-
Tips Memohon Pinjaman7 hours ago
-
-
Malam Jumaat Yang Special10 hours ago
-
-
-
Peluang Kerja Sambilan Dengan Jomniaga1 day ago
-
-
-
-
-
-
Contest Terakhir 20124 months ago
-
40 Tips Fotografi Wajib Baca10 months ago
-
Mudajaya 12%11 months ago
Ping Blog
-
-
Apprehensive17 minutes ago
-
-
Philip mechanicus38 minutes ago
-
Rahsia Kenpa Al-Kahfi Di HAri Jumaat53 minutes ago
-
5 Jenis Sabar…3 days ago
-
-



















