Langgan!

Ini bukan spam.

March 9, 2010

Doa Cari Jodoh/ Cepat Jodoh

Doa Cari Jodoh

Ya Allah..
aku berdoa..
berikanlah aku jodoh.. dan jodohknlah aku dgn si dia..
Ya Allah.. kalau dia mmg jodohku.. jodohknlah dgn segera..
Tapi.. kalau dia bkn jodohku.. jodoknlah juga denganku...
Jika dia tidak berjodoh dgnku.. maka jadiknlah kami sejodoh juga...
Kalau dia bkn jodohku.. jgn sampai dia dpt jodoh yg lain.. selain diriku
Kalau dia tidak boleh dijodohkn dgnku..
aku mohon kpd Mu ya Tuhan.. jgn sampai dia dpt jodoh dan berkawin dgn org lain.. biarkn dia tidak berjodoh dan tidak berkawin sama seperti diriku...
Dan ketika dia tidak dpt kawin dan tidak dpt jodoh.. jodohknlah kami kembali...
Kalau dia jodoh org lain.. dan tiada jodoh panjang dengan pasangannya..
jodohknlah dia kembali dgnku
Jika dia tetap menjadi jodoh org lain.. biarlah org lain itu bertemu jodoh dgn org lain dan berkawin dgn org lain dulu..
Dan kemudian.. dgn pantas.. jodohkn kembali dia dgnku kerana agamaMU .

AMIN...


Cara lain..
amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

" Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa......."



bererti

"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeki kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa"

Cara yang lain:
Mengikut doa Nabi Zakaria yang bermaksud:

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya 'ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik'. (QS. Abiya/ 21: 89)

Anda juga perlu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 1000x minimum supaya diperkenankan doa insyaAllah..

Amalan yang perlu dilakukan ibubapa supaya anak2 mendapat jodoh yang baik.

(hasil terjemahan saya dari duas.org)

mengikut amalan perkahwinan Sayyida Fatima zehra & Imam Ali..

  1. Buat solat hajat 2 rakaat
  2. baca selawat nabi 11 kali
  3. Baca zikir subhanallah(33x).. alhamdulillah (34x)..Allahuakhbar (34x) dan Laa ilaha illallah (1x)
  4. Baca selawat nabi 11x
  5. baca surah mengikut turutan : Taha (ayat:20), Shu-ara (ayat:26), Naml (Ayat:27), Qasas (Ayat:28), Yaa Sin (ayat:36) & Shura (ayat:42).


Berdoa cara panjang..

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi
pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman
Supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

src : http://ittutor.net/

Amalkan lah..insyaAllah..semoga dapat Jodoh dengan cepat dan baik..

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

5 comments:

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.