Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

April 21, 2010

Review Drama : AdaMaya


Salam,

Aku pasti korang semua mesti tengok cerita AdaMaya di Tv3 kan.Rasa aku tak terlambat lagi untuk aku review drama AdaMaya nie.Aku lagi pasti yang si lelaki pun layan cerita nie kan..Dalam hati ada taman..Aku layan filem I'm not single.so menarik le drama AdaMaya nie.Tapi aku suka lagi Farid Kamil berlakon whatever Sein pun tak mengecewakan.

Biar aku story2 sikit tentang cerita nie..Kalau Nur Kasih sampai 44 episod tapi bagi cerita AdaMaya hanya 23 episod saja.Drama moden yang diinspirasikan oleh filem I'M Not Single Tapi pelakon dia sudah bertukar yang dibintangi oleh Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi.Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan pasti menjadi pilihan seisi keluarga untuk ditonton sambil menjamu minum petang.Mana aku tau ada ler....Di bawah nie ada sinopsis pasal cerita nie..

Sinopsis :

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Menarik bukan, tambah-tambahan lagi buat tatapan gadis-gadis comel. Tidak lupa juga, jejaka tampan yang meminati pelakon hot, Lisa Surihani.





Temubual dengan Lisa Surihani

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

9 comments:

  1. jalan cerita sama dengan i m not single......

    ReplyDelete
  2. hohoho.... mmg suke giler cite nih... aku cilok gambo adamaya tu ek... nak buh kat blog...

    ReplyDelete
  3. betul, lg suka farid kamil berlakon, tapi sein pun ok gak.. best2 citer nih.

    ReplyDelete
  4. lagu cite ni jiwang abess wooo..
    hihihihi

    ReplyDelete
  5. kegilaan sekarang!
    haha tp mmg best gila

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.