Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 8, 2010

Ciri-ciri MLM yang halal..l!!!






Salam..

Aku tahu MLM bagi korang bukan benda baru kan..Rasa-rasa aku MLM tumbuh bak cendawan awal 2000
Jika ternampak di kedai mamak tu seseorang yang bawa fail-fail dengan bertemankan pelanggan yang tidak tahu apa sah le tu diorang tengah bincang bisnes juta2 punya tu wa cakap lu...Tapi korang tahu ke betul ke tak betul MLM tu..sah ke dari segi islam...Dan bermacam2 le MLM yang ada daripada produk kesihatan hingga le ke makanan..Aku pun dah berapa kali ditawarkan tapi aku wat tak tau jer..dengar jer tapi masuk tak le..

Di sini aku senaraikan ciri-ciri MLM yang kira halal le jugak :


  1. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah.Kira jangan le plak jual makanan bab1 ngan binatang haram.
  2. Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.Jangan le main ugut2 plak.. 
  3. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh.
  4. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).
  5. Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam. 
  6. Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barang/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk. 
  7. Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi). 
  8. Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawasan syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.


Kredit kepada Ustaz Nor Amin


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.