Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

August 6, 2010

Penting ke Zakat Fitrah tu..


Salam,

Seiring dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat.  Nak kata aku pandai sangat tak le tapi kita kongsi2 le ilmu nie..dan aku tahu korang mesti dah tahu kan.Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan baginda Rasulullah SAW lagi.
        Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
        Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ianya menjadi makanan ruji semua penduduknya.
        Waktu-waktu tertentu umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

Waktu Harus dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan tersebut.
1) Waktu Wajib ialah selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadhan.
2) Waktu yang paling afdal pula ialah selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadhan.
      3) Waktu Makruh ialah selepas terbenamnya matahari pada hari raya  Aidilfitri.


Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Orang-orang yang berhak menerima zakat pula adalah seperti berikut::

 Orang-orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu keperluannya atau tidak mencukupi

1) Amil,iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
2) Muallaf,iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
3) Hamba ,iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
4) Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
     5)Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah), iaitu bagi setiap tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan amal seperti membina masjid, rumah anak yatim dan sebagainya.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

2 comments:

  1. info yg bagus bro..walaupun kita semua dh pernah belajar tentang zakat waktu sekolah dulu tapi mesti kita juga terlupa..dengan ada entri macam ni dapat la kita ingat mengingati antara satu dengan yang len..hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah cuz ingat mengingati tu penting

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.