Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 29, 2010

Namewee Negarakuku Buat Hal Lagi | Lotus F1 terbakar di GP Singapura

Duduk diam2 leh..

Masih kenal lagi dengan nama Namewee mesti tak lupakan dengan lagu-lagu rasis dia nie.antaranya negarakuku dan TNB..Kali ini nak lancarkan album le pulak..sudah pasti kita tahu apa lirik dia kan ??.



KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar , sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.






Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama



Video Kereta Lotus Malaysia terbakar di GP Singapura.Mengikut maklumat kereta F1 Lotus mempunyai masalah hydraulik dan injap pelepas tekanan minyak kereta pecah, Amacam Datuk Tony Fernandes ?? dengar cerita Proton tak bagi guna nama Team Lotus untuk musim depan..sumber







P/s : Yang Perkasa pun jangan le sampai mencarut bukan ajaran Islam..bakar gambar sudey..huhu.Udah2 le Namewee wei...Kalau orang tak kacau jangan kacau le sarang tebuan..jangan bermain dengan api kelak terbakar nanti..

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

8 comments:

  1. org mcm ni xpatu tgl di M'sia. kerna Negara kita 1 M'sia..dia patut menghormati sesm sendri..

    ReplyDelete
  2. buat hal lagi si namewee ni lahhh.haihhh

    ReplyDelete
  3. patot bnuh je namewee ney, lagy biar lagy rancak die

    ReplyDelete
  4. izee : tu le pasal kata 1 malaysia
    Faizal : tak abis2 wat hal slagi takde org nak tgkp dia masuk ISA
    atok : tah rancak sgt dia nie

    ReplyDelete
  5. dalam u tube je die bran..face to face kecut dia!!!

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.