Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

October 30, 2010

Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3

Gambar dari FB Rina Salleh.Search Rina Salleh



Salam,

Entry sebelum ini aku ada kata rasa gatal plak nak tengok Gadis Melayu 3 padahal tak pernah mengikuti pun Program tv9 tu.Baca di sini seperti diduga Rina Salleh menjadi Juara Gadis Melayu 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA sebentar tadi.Rina Salleh merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pernnah memegang jawatan sebagai Event Executive dan Jurukur Bahan di salah sebuah firma swasta di sekitar ibu kota dan kini serius menjalankan perniagaan melalui RinaSalleh.com

Selain menjual busana muslimah, Rina turut mengendalikan Rina Salleh Training and Coaching Series yang menumpukan kepada pembangunan wanita (empowering women). .Yang pasti dia adalah seorang blogger buktikan di FB di ada tertulis






Satu kelainan berbanding musim yang lalu yang akan diterapkan pada peringkat akhir musim ini adalah di mana kesemua peserta GM3 akan membuat persembahan teater muzikal yang berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan sambil menyentuh tiga isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu:

1.    Bencana Banjir di Pakistan – Bencana yang mengancam nyawa penduduk Pakistan dengan kelaparan dan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

2.    Gaza Kami Endah - Ketabahan dan kesabaran wanita-wanita di Gaza yang masih kental mempertaruhkan nyawa mereka dalam menegakkan kebenaran walaupun senjata perang Israel tidak putus-putus mengorbankan keluarga dan menghancurkan kediaman mereka.

3.    Sayangi Anugerah Itu – Isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di Malaysia terjadi akibat terjerumus terlalu jauh ke dalam keseronokan duniawi tanpa mengambil kira batasan agama. Anak merupakan amanah dan anugerah tidak ternilai dari Tuhan yang akan meneruskan garis keturunan, maka seharusnya kita menyayangi dan menjaga mereka sebaik mungkin.


Hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang adalah seperti berikut:
Juara Ikon Gadis Melayu 3 (berjumlah RM160,000)
    Wang tunai RM30,000
    Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
    Barangan Singer bernilai RM10,000
    Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
    Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts







P/s : Adakah aku juga akan menjadi juara sesuatu program..Oh tidak...Berangan je ok..tak layak pun


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

4 comments:

  1. dia memang layak menang . petah berbicara :)

    ReplyDelete
  2. ow.xtaw pun pasal rancangan ni, but congrats to her though :)

    ReplyDelete
  3. rina ni satu course n sat ubatch dengan kawan saya.
    mesti dia kenal.

    ReplyDelete
  4. hahah anak kawan mak zida dohh. akak ni memang baek.

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.