Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

November 8, 2010

P Ramlee dihina oleh bangsanya sendiri

Seniman P.Ramlee


Salam,



Mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku buat entry pasal Arwah P.Ramlee kan.Aku sedih dan keciwa kerana semasa hayat Allahyarham ,beliau di hina oleh bangsanya sendiri.Ini bukan rekaan semata-mata kerana aku melihat sendiri kisah P.Ramlee di Channel Astro 555 History semasa berada di kampung.Mungkin korang semua dah tengok aku jer terlambat rasanya..Kalau korang nak lebih pasti korang layan sejarah P.Ramlee di Youtube.




Aku amat suka ketika ahmad nawab yang merupakan rakan ketika P.Ramlee kecil hingga mati....mengapa P.Ramlee kembali ke Malaysia meninggalkan organisasi shaw di singapore...

Ketika pekerja di syarikat itu mogok dan menubuhkan persatuan pekerja sehingga memaksa Ketua Menteri ketika itu Lim Kuan Yew masuk campur...Lim Kuan Yew menasihati shaw organisasi menutup operasinya di Singapura kerana tidak mahu ada kesatuan pekerja majoriti bangsa melayu di singapura......satu pendedahan yang berani berdasarkan fakta sejarah...

Sebenarnya P.Ramlee bukanlah disisihkan kerana perjalanan seni tapi lebih kepada politikal...P.Ramlee dilihat sebagai melayu Singapura yang berjaya dalam bidangnya..ketika Malaysia dan Singapura dalam keadaan rengang atas isu pemisahan dan perkauman ...P.Ramlee dilihat sebagai melayu liberal ...penyisihan ini dilakukan atas dasar agama, bangsa ....penonjolan gaya kebaratan dan pemikiran terbuka keatas dasar kerajaan Malaysia ketika itu amat berbahaya.... 


Memang sedih tengok dokumentari tu. Memang haprak la Melayu-Melayu yang dengki dengan Allahyarham ni.Dah meninggal baru nak kasi penghargaan.Aku dapat rasakan jika Allahyarham masih hidup, kualiti filem melayu akan jauh lebih baik dari sekarang ni.Harap kerajaan dapat membantu keluarga Allahyarham yang masih hidup.Dengan anaknya Sazali bekerja di DBKL rasanya..Kalau salah tolong betulkan


P.Ramlee adalah a good star filem Malaysia even nusantara... dalam Channel History 555 tu P. Ramlee adalah seorang yang akhir hayatnya mengalami kekecewaan dalam hidup especially filem di Kuala Lumpur..... member2 semasa kat Shaw Singapore dulu ramai yg boikot dengannya...kecuali yg sahabat sejati cam ajis satar n sudin...

Mintak-minta la agar kerajaan akan ambil alih hak royalti dan hakcipta Allayarham walaupun berjuta-juta dihabiskan yg penting agar hak P.Ramlee akan menjadi aset negara untuk seribu tahun lagi...

apa-apa pun nama P.RAMLEE akan kekal mengharum selagi Malaysia masih berada dlm peta dunia.....


'' Berapa lamaaa mauu tungguuu daaaaaaaaa"


Oleh itu marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau..Baru ku mengenali seorang yang bernama P.Ramlee

video
sebahagian dokumentari P.Ramlee






P/s : amboi2 aku balik kampung macam2 plak event geng2 blogger nie ek..main futsal le snap2 gambar le..amboi2..Tak ajak pun ek..

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

6 comments:

  1. mmg xpatut.. al fatihah untuk beliau

    ReplyDelete
  2. Suka tonton filemnya...AL-FATIHAH

    ReplyDelete
  3. aku ngah tengok ni bro..sedih betul lah.ramai rupanya yang dengki ngan beliau neh..

    ReplyDelete
  4. ada cerita tak best rupanya.
    hmm..
    sabar je la.

    pepun, kita semua tahu yang Allahyarham dah menyumbang begitu besar jasa kepada dunia seni Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Di kaca tv beliau nmpak gmbira...walhal dihujung hidup beliau penuh sengsara.ye dak..

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.