Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 10, 2010

Filem : Hantu Mak Limah Balik Rumah | UiTM




Salam,

 Poster nie masa belum jadi mak lagi.

Tadi baru balik dari menonton filem Hantu Mak Limah Balik Rumah dengan member aku.Serius lawak gile filem Mamat Khalid nie ditambah plak  dengan seram2 gitu.Tadi pun penuh padat macam sardin panggung wayang tu.Melepaskan kepenatan selepas menjadi urusetia Konvokesyen UiTM di Shah Alam.Hari ni last day bekerja sebagai urusetia setelah 2 kali aku jadi urusetia Konvokesyen UiTM.Pelbagai ragam manusia dapat aku lihat kalau tak sabar dah lama aku dah mengamuk dengan graduan yang buat masalah nie.

Betul le orang kata pengalaman mengajar kita.So tahun depan aku plak konvokesyen sekurang-kurangnya aku dah tau selok belok Istiadat Konvokesyen UiTM.Harap aku tak membawa masalah le nanti.
Gambar di sini SKP-73
Gambar di sini SKP-72

Apa aku melalut nie.Ok Jom usha sinopsis Filem Mamat Khalid nie..



Sinopsis:

Cerita nie serupa Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ le dan diteruskan oleh Mamat Khalid  dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.Aku rasa kali nie lebih seram..boleh terkejut2 tu.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.  Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.  Husin lakonan Awie bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  

Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. 
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ dan juga temui bomoh Ngangkung di dalam filem nie.




Jom layan Trailer Hantu Mak Limah Balik Rumah..







P/S : Alhamdulilah dah tamat belajar so lepas nie nak cari keja plak.Ada sesiapa nak bagi aku kerja tak?..lai2..
rasa nak beli kasut futsal le hari tu gathering futsal tak dapat main jadi gian plak nak menyepak.Ahad nie saudara Joe buat MeetUp blogger di Times Square lak..wow meriah betul..



Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.