Langgan!

Ini bukan spam.

December 10, 2010

UiTM Di Hatiku | Kenangan

ini yang dinamakan cinta


Salam Jumaat,

Jumaat digelar penghulu segala hari dan juga hari turnnya Al-Quran.Penuh syahdu di pagi harinya.Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi aku bernafas pada hari ini. Tahun baru 1432 Hijrah telah menjelma dan aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Setelah keletihan melampau selepas menjadi urusetia majlis Konvokesyen UiTM akan menjalani kehidupan aku seperti biasa dan kali nie aku akan berhijrah.Ha macam gempaq je kan aku akan berhijrah ke alam pekerjaan setelah hampir 7 tahun bergelar Mahasiswa.Pelbagai liku2 kehidupan aku jalani selama menjadi seorang yang digelar 'pelajar'.

Selepas SPM aku masuk sekejap di salah satu kolej swasta.Biarlah rahsia nama kolej tu.Sekejap sahaja kerana aku mendapat panggilan pra sains di UiTM.Masa tu berbelah bahagi juga hatiku kerana para sains nie di UiTM Sawarak.So first think mesti kita sebagai oarang semenanjung akan berfikir mesti tiada pembangunankan di Sawarak.masih pakai sumpit ke berburu.Aku tergolong juga dalam kategori nie.Tapi nie bukan diskriminasi ok..Tapi setelah menjejakkan kaki di sana baru aku tahu sama je dengan semenanjung.Betul le tak kenal maka tak cinta.

First time dalam dalam hidup aku raya Haji di Sawarak.Setelah 6 bulan aku di sana aku sambung diploma di UiTM Shah Alam.Tapi hanya satu semester saja sebab masuk semester kedua aku berpindah ke UiTM Pulau Pinang.Mungkin sebab terlalu rindukan kampung kot.UiTM Penang  nie dekat dengan kampung aku.Teringat kenangan di UiTM Penang. Hujung diploma berjumpa si dia yang banyak membantu aku selama ini..thank my dear.

Selepas diploma aku kerja setahun di Seberang Perai sebagai technician je..Ingat tak mahu sambung degree tapi setelah setahun bekerja aku sambung degree di UiTM Shah Alam.Dari sekolah teknik hingga ke le ke peringkat ijazah aku belajar mekanikal sahaja..Dah mungkin rezeki aku dalam mekanikal kot.kan Allah Maha Adil.

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk belajar  dan  setelah bertungkus lumus sebagai seorang yang bernama pelajar akhirnya aku sudah tamat belajar dan akan berhijrah ke alam pekerjaan.Ada sesiapa tak nak ambil aku bekerja.huhu.Aku akan berusaha bersungguh2 untuk mengubah nasib aku agar menjadi lebih baik dan semoga aku mendapat pekerjaan yang bagus dan aku seronok.Of course gaji yang besar le.InsyaAllah.Doakan aku agar mendapat kerja yang mantop..amin..

Aku berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan family aku yang banyak menyokong aku selama ini.Tidak lupa juga kepada rakan2 se UiTM aku,kawan2,Pensyarah2 yang penah mengajar aku terima kasih atas ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan.Kepada kawan2 aku sekalian korang memang best.Semoga korang semua mendapat kerja yang mantop.Akhir sekali aku memohon maaf kepada semua jika aku ada membuat salah dan silap selama ini.Setiap manusia tidak sempurna.Kepada peminat blog aku thank kerana sudi mengunjung blog aku yang tak seberapa nie.Tanpa korang sapa le aku.



video
UiTM di hatiku.




P/s : agak panjang juga entry aku nie sekadar meluahkan perasaan setelah habis belajar selama nie..Kalau ada yang tak senang tu ampun maaf di pinta.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.