Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

May 1, 2011

Apa yang Isteri perlukan dari Suami | faizalpejay



Salam,

Hai korang apa khabar semua..kan aku dah kata aku mesti update punya blog aku kalau ada kelapangan.Maksud ada kelapangan nie sekiranya Berukband aku ok le kan..Kadang kala Berukband aku lembab macam beruk so terbatal sudah niat aku nak update blog..

Update blog terus dengan entry Suami Isteri plak kan padahal aku belum bersuami isteri lagi..Ada aku kisah..huhu.
Kalau tak bekeluarga lagi takkan kita takleh tau petua2 suami isterikan..Tak kisah le petua apa tapi bukan hanya petua tutttt jer...

Ok di sini aku nak bekongsi dengan korang semua petua mengasihi Isteri..Jangan lupa isteri juga mesti tahu mengasihi suami juga..Barulah keluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

PETUA MENGASIHI ISTERI


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 
 
 
 
 
 
 
P/s : tapi bagi aku bukan setakat 1-20 je petua tu banyak lagi.Tapi kalau si suami dapat memenuhi 20 petua nie InsyaAllah berkekalan hendakNya.Tepuk dada tanya iman..Masanya makin hampir...

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.