Langgan!

Ini bukan spam.

May 2, 2011

Ada apa dengan 13 Mei 1969 | faizalpejay

Doakan agar peristiwa ini tidak berlaku lagi..Hormatilah setiap kaum


Salam,

Bila menjelang sahaja pada bulan Mei setiap tahun pasti peristiwa  13 Mei 1969 akan senusuk sanubari setiap masyarakat yang lahir pada tarikh itu atau menempuhi hari yang malang tu.Bagi mereka yang masih hidup pada masa ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati diorang.Selain Hari Ibu dan juga Hari Guru yang disambut pada bulan Mei peristiwa 13 Mei juga hari yang patut dikenang oleh rakyat Malaysia walaupun mungkin ada antara kita yang belum lahir pada hari itu.

Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Pelbagai cerita yang aku baca dan dengar tentang tarikh 13 Mei nie tapi benar atau salah Wallahhualam...

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian semasa peristiwa itu :
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Sumber : wikipedia

Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera,  tapi oleh semua.  Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua. 


P/s : Selain tarikh2 itu bulan Mei juga adalah bulan yang begitu bermakna dalam diri aku dan juga kehiduapn aku selama ini..Peristiwa besar dalam hidup aku juga bermula 6 tahun sebelum ini..Apakah itu..??

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.