Langgan!

Ini bukan spam.

May 6, 2011

Dato'Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ditawan oleh FBI

Gambar sekadar hiasan



Salam,

Hari jumaat iaitu penghulu segala hari dan diturunkan Al-Quran  berlaku peristiwa yang pertama kali rasanya tak pernah berlaku di kalangan Perdana Menteri terdahulu.Korang jangan risau FBI (Federal Bureau of Invistigation) tak tahan Perdana Menteri kita le tapi ni Faizal Bin Ismail (FBI) HotFm telah menentang Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak bermain dam haji di studio HotFm dalam segmen HotFm Am Krew.

Tahniah kepada Fafau kerana idea gile dia di Twitter telah membuahkan hasil dengan mengajak Perdana Menteri bermain dam haji di studio HotFM.Ok korang boleh add Twitter Perdana Menteri di #Najibrazak
Tadi korang boleh tahu pasukan EPL kegemaran Perdana Menteri dan Faizal Bin Ismail (sama plak nama)..Korang cuba le teka antara pasukan Manchester United dan Chelsea.Agaknya MU Vs Chelsea hari minggu nie Dato'Seri nak tengok kat mana ek..ke ada yang akan buat idea gile ajak Dato'Seri Najib tonton di rumah diorang..

Jika korang tak berkesempatan untuk tengok tadi korang boleh tonton di Tonton pukul 12 tengah hari nanti.Pagi tadi korang boleh tonton di 8Tv.Susah2 korang tunggu le mesti ada yang akan upload di Youtube.
Julung2 kali kot Perdana Menteri Malaysia bermain dam haji..Lagi satu kalau korang nak tau lagu kegemaran Perdana Menteri adalah Nobady-Wondergirl

Keputusan perlawanan dam haji : Faizal Bin Ismail menang..





P/s : bukan senang nak jadi pemimpin ada amanah di bahu diorang.Agak2 pemimpin nie malam2 tidur pukul berapa dan bangun pukul berapa ek ?? Doakan ye semoga murah rezeki aku pada esok hari...jeng2


.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Kekeluargaan & Gaya Hidup.