Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

May 22, 2011

Sekitar Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-74 | faizalpejay


 wow

 Salam,

Tanggal 20 Mei 2011,Aku menerima skrol Bachelor Mechanical Engineering dari Dato'.Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor Universiti Teknologi MARA,UiTM) pada konvokesyen UiTM ke-74 yang berlangsung dari 12 Mei hingga 20 Mei.Sidang penganugerahan Kejuruteraan berlangsung pada sidang ke-11 iaitu sidang terakhir.

Dato'.Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar
 
 Aku  bersyukur kerana
aku menjadi batch pertama yang berkonvokesyen di dewan baru iaitu Dewan Agung Tunku Cancelor (DATC) sebab sebelum ni di Dewan Seri Budiman (DSB).
 
Aku ingat pagi Jumaat tu aku dah cepat sampai tengok2 depan UiTM dah jem teruk.Maklum le dewan baru ramai yang masih terpinga2.Di dalam dewan pun boleh sesatkan.Masak le dah le turn Kejuruteraan Mekanikal akhir sekali sebab mula2 Dato' VC bagi skrol kepada student Kejuruteraan Elektrik dulu..Bosan gile nak tunggu turn.
 
Bila tiba turn aku plak rasa cuak pulak padahal sebelum nie kerja Skim Khidmat Pelajar relax saja.Selesai semua pemberian skrol,ucapan dari Dato'Sahol pula dan Dato mulakan ucapan dengan ungkapan 'UiTM Di Hatiku' masa ni le hati aku begitu tersentuh dan terharu.Airmata jantanku hampir menitis.Sebak juga hati aku sebab  banyak perkara yang menyedarkan akudari ucapan itu..Walau kita setinggi mana jangan dilupakan penat lelah ibu bapa kita yang membesarkan kita.Paling terharu apabila Dato Sahol menyuruh kami semua melambai tangan kepada kedua ibubapa dan juga para pensyarah.Tak dilupakan juga kepada ibubapa pelajar yang telah kembali ke Rahmatullah kita sedekahkan Al-Fatihah.
 




Exclusive : Video yang membuat aku begitu terharu


Jom layan sebahagian gambar.InsyaAllah akan diupdate di SINI.ada gambar yang masih belum dapat..










Nak lebih ke tengok le SINI.kena klik Like dulu baru leh tengok

malamnya makan besau di sini plak.Habis jugak le rm+++







P/s: Aku mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berkonvokesyen pada konvokesyen kali ini.Aku memohon maaf kepada member2 seperjuangan aku yang tak dapat bergambar maklum le hari Jumaat kelam kabut sikit lagipun aku datang dengan family.Aku doakan korang semua mendapat pekerjaan yang bagus2 termasuk le aku.Terima kasih juga kepada staf PRPK dan juga SKP sekalian kerana korang bertungkus lumus.Aku paham sangat 'feel' dia tu.

Tidak lupa juga mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat,Selangor.Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Anak yatim mulia di sisi Allah


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.