Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

June 13, 2011

Antara KL Gangster dan Pekida Malaysia



Salam,

KL Gangster memang terbaek.macam tahap Hollywood dah aku tengok.Itu yang dapat aku katakan pada korang yang belum tengok lagi filem nie.Baik korang gi tengok tak rugi woo.Bayangkan le aku sanggup tengok KL Gangster dari filem X-Men.Lupakan segala isu yang timbul sebab



ini sekadar hiburan saja.Mula2 aku was2 jugak betul ke filem nie penuh dengan aksi.Memang aksi saja dan sifat kekeluargaan yang menebal walaupun watak gangster.

Sinopsis bagi korang yang tak berpeluang tengok lagi : 


Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. 
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat. 
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

Sumber : Sinemamalaysia


Apa kaitan KL Gangster dan Pekida Malaysia.Tipu le kalau korang tak tau apa tu Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah).tiga line.Ini berkaitan saman menyaman.


Aku tau bukan hanya dialog 'sekarang gua tak kira lu abang long ka lu ayahanda ka, malaysia gua pegang'.Dan juga bukan sebab Abg Long Dil (Zizan Raja Lawak) nak naik jadi Ayahanda.Ajib pakai baju warna apa ek..Aku harap korang setel le bebaik anggap le untuk hiburan semata2..di permulaan filem pun selalunya diletakkan hanya lakonan semata2 kan.Tepuk dada tanya le selera..





Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.