Salam,
Selama hampir 10 minggu akhirnya rancangan Imam Muda 2011 sampai ke kemuncaknya pada 1 Julai 2011 ini.Kemuncak Imam Muda 2011 akan bersiaran langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Wilayah bersebelahan Masjid Negara.Penonton di rumah juga boleh mengikuti siaran langsung pukul 9 malam di Astro Oasis.
Seperti musim sebelum ini yang menemukan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan dari Pulau Pinang dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi dari Baling,Kedah.Sila klik sini untuk lebih lanjut.IM Asyraf menjadi Imam Muda yang pertama dalam rancangan bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia.
Imam Muda 2011 menemukan IM Hassan dan IM Nazrul.
NAMA: | MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA |
UMUR: | 26 TAHUN |
TARIKH LAHIR: | 17 FEBRUARI 1985 |
ASAL: | PERAK |
PENDIDIKAN: | IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA |
PEKERJAAN: | PENSYARAH (SEPENUH MASA) |
STATUS: | BUJANG |
NAMA: | NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE |
UMUR: | 26 TAHUN |
TARIKH LAHIR: | 20 JUN 1985 |
ASAL: | JOHOR |
PENDIDIKAN: | DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH |
PEKERJAAN: | GURU BESAR |
STATUS: | BERKAHWIN |
Sumber : Astro
Mereke berjaya setelah mengharungi tugasan mingguan seperti :
1. Pembuangan Bayi
2. Kanak Kanak Istimewa
3.Keluarga Bermasalah
4. Hiburan Keterlaluan
5. Krisis Identiti (Tukar Jantina)
6 Kes Cerai Berai Suami Isteri
7. Banduan Akhir
8. Pengurusan Jenazah
9. Pinggir Orang Tua
Sekarang ini IM Hassan dan IM Nazrul di kampung halaman masing2 sambil dibantu oleh 8 lagi imam muda.
Lapan Imam muda ini di bahagi kepada 2 kumpulan untuk membantu dan pulang bersama Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan untuk melakukan tugasan terakhir bagi menentukan siapa diantara IM Nazrul dan IM Hassan yang layak dinobatkan Juara bagi musim ke-2 ini.Sama2 kita saksikan acara Kemuncak Imam Muda 2011 ini.Takkan tengok Maharaja Lawak saja kot yang menobatkan Sepah sebagai Maharaja Lawak.
P/s :
Alhamdullilah.Dengarnya tiket untuk menyaksikan secara live Final Jumaat ini sudah hampir habis diedarkan.Bangga juga ada anak negeri Perak yang masuk final.
