Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 15, 2011

Keputusan Malaysia Vs Arsenal | Fan MU diboo

Keputusan Penuh : 0-4


Salam,

Semalam berlangsung perlawanan antara Malaysia VS Arsenal di Stadium Bukit Jalil.Rasanya ramai dah tahu yang pasukan Malaysia kalah 0-4 kepada Arsenal di dalam perlawanan persahabatan semalam.gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Ramsey (5": penalti), Walcott (37"), Vela (58") dan Rosicky (90").Percubaan terbaik Malaysia mungkin daripada sepakan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim.



Larian daripada Kunalan pun bagus juga.Agak2 Arsene Wenger tengok tak persembahan Kunalan tu.Mana le tau leh 'adjust' masuk Arsenal ke.
Memang kekalahan ini agak memalukan namun masih ada ruang untuk Malaysia memperbaiki permainan sebelum bertemu Singapura nanti.Seolah2 masih pasukan Malaysia kalah tidak melawan.Datuk Rajagopal pun agak berang dengan anak buahnya.Dan lebih memalukan lagi tiada siaran langsung di Astro Arena walaupun Malaysia sebagai tuan rumah.Ramai peminat sukan bola sepak menyalahkan Astro padahal dalam poster ada ditulis yang Astro menjadi penaja.

Hari Sabtu ini akan diadakan satu lagi perlawanan Malaysia XI bertemu Liverpool FC seperti :

Masa: 5.45pm
Tarikh: 16 July 2011
Tempat: Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur

Apa yang melucukan adalah apabila Fan MU diboo oleh fan Liverpool semasa latihan pasukan Liverpool.Siap pakai jersi baju Rooney lagi.Apa yang dia buat tu salah lain le kalau di kedai mamak ok le jugak tapi nie masa latihan pasukan Liverpool yang majoritinya fan liverpool nak tengok..Bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum'.Apa pun tak boleh.




Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.