Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak



Salam,

Setiap tibanya Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Hari Raya pasti kita terkenangkan pengumuman dari YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah.Dari aku kecik hinggalah sekarang ini aku pasti tertunggu2 pengumuman dari Pak Engku.Timbul satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila menanti pengumuman itu walaupun kita dah tahu bila tarikh puasa itu..Dengar kata


Pak Engku dah bersara dah dari scene umum Tarikh Puasa, Tarikh Raya, kalau tak silap aku 7 Januari 2011.Itu aku kurang pasti.Yang pasti aku merindui saat itu.Time Pak Engku nak umum tarikh, satu rumah sunyi sepi. Kalau esoknya raya, bersorak gembira.

Kemungkinan Isnin ini puasa sebab selalu aku tengok kalendar sama je tarikh puasa dengan dalam kalendar tu.Tapi yang pasti 1 Ramadhan kita puasa.Oleh itu jom kita niat puasa Ramadhan hari ini.Lebih detail rujuk SINI

Doa Berpuasa nawaytu shawma ghadin,’an adaa`i fardhi als-syahri ramadhaana haadzihi als-sanati, li `allaahi ta’aalaa. sahaja aku berpuasa pada pada esok hari di bulan Ramadan kerana Allah Taala Doa Berbuka Puasa/Iftar allaahu mma, la ka shumtu, wa bi ka `aamantu, wa ’alaa rizqi ka `afthartu, bi rahmati ka yaa `arhama `alr rahimiyna
 
Menjelang puasa Ramadan Al-Mubarak bulan Ogos ini, orang Melayu akan berdepan dengan 3 isu lazim yang kadang-kala membawa kepada pertengkaran yang  tidak perlu.


1) Ada kelompok yang mahukan solat tarawikh dibuat sebanyak 8 rakaat dan 3 witir, manakala ada kelompok yang mahukan solat tarawikh 20 rakaat dan3 witir. Akibat perbezaan pendapat ini, maka ada orang dan kumpulan yang akan bermasam muka dalam isu ini sehingga memutuskan silarrahim.
Kesimpulannya, sebagai Muslim dewasa, kita harus faham apa dan kenapa solat tarawikh itu dilakukan, dan kita tidak perlu bertengkar dan tidak perlu bermasam muka serta tidak perku memandang rendah atau memandang serong pada orang yang menunaikan solat tarawikh samada 8 atau 20 rakaat.

2) Bacaan dalam solat dalam sunat tarawikh. Adakah bacaan dalam solat sunat tarawikh itu MESTI bacaan hafazan satu juzuk untuk setiap malam?
Kesimpulan dalam isu ke 2 ini ialah membaca al-Quran dalam bulan Ramadan adalah amalan sunat yang berganda pahalanya; membacanya hingga khatam lebih dari sekali juga adalah suatu yang mulia, tetapi usaha ini tidak mesti dibuat dalam solat tarawikh kerana ia boleh dibuat di luar solat khususnya jika ahli jamaah terdiri dari warga emas dan kanak-kanak.

3) Imam muda yang hafiz Quran bawah umur 18 tahun menjadi imam dalam solat tarawikh atas alasan imam yang hafiz Quran ini akan dapat menghabiskan satu juzuk setiap malam dalam solat tarawikh.
Kesimpulan dalam isu ke 3 ini ialah dalam menentukan imam untuk memimpin solat tarawikh, AJK Masjid dan Surau harus ambil kira demografik dan sosio-psikologi ahli kariah dan jamaah yang hadir agar perbezaan umur antara imam dan makmum tidak terlalu jauh tidak menjadikan makmum gusar dan tidak selesa dalam solat.


Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh Umat Islam di dunia,bloggers dan juga kawan di Facebook aku.Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan kepada kita semua.Tak lupa juga, kemaafan dipinta andainya ada menyentuh ataupun pernah mengguriskan hati sesiapa. Tiada niat sebenarnya, apapun sedar atau tidak sedari aku mohon kemaafan juga.Terkenang berbuka puasa bersama RedMummy di KLCC.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.