Langgan!

Ini bukan spam.

August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada faizalpj.com



Salam,

Hari ini kebanyakkan daripada kita yang berada di perantauan adalah hari terakhir kita bekerja sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti.Kebanyakkan dari kita bercuti panjang antaranya seminggu memandangkan Selasa, Rabu dan Khamis adalah cuti umum sempena Hari Raya dan Hari Merdeka.


Aku harap korang tolonglah berhati-hati di jalan raya bagi yang membawa kenderaan ..INGAT ORANG TERSAYANG..khas kepada konvoi motosikal,kereta dan juga pemandu bas..Kegembiraan di Hari Raya jangan dihancurkan di atas jalan..Aku doakan korang semua selamat senantiasa..Terutamanya penunggang motosikal setiap tahun angka kematian meningkat.'Biar lambat asalkan duit selamat'.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga disambut dengan bahagia
Yang pulang ke kampung bawa kereta,motor dan bas berhati-hati ya
Ingatlah orang tersayang

Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali diri ini
Tersilap kata dan bahasa sepanjang mengendalikan blog ini
aku hanya manusia biasa tak lari dari kesilapan & kesalahan
hanya Allah yang sempurna
10 jari disusun maaf dipinta.


Alhamdulilah tahun ni tiada pula iklan yang menyentuh sensitiviti agama seperti iklan Hari Raya TV3.
Setiap tahun iklan Petronas mesti tidak mengecewakan.Tapi aku rasa iklan PTPTN paling menonjol tahun ini.

Tangan Ini (Petronas Merdeka Raya 2011)

Aku paling suka lagu Raya dari Dayangku Intan ini Senandung Hari Raya Untukmu



Kepada korang yang tidak dapat nak tukar duit raya kat bank2.Korang tag je anak saudara korang dengan duit RM50 nie..Kejam betul kan.Tidak pun bagi RM50 suruh kongsi 5 orang ke pandai2 le diorang tukar tu.


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

4 comments:

  1. selamat hari raya..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari blog.hariz :)

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Kekeluargaan & Gaya Hidup.