Langgan!

Ini bukan spam.

March 26, 2012

Mawi Diikat, RM10,000 Lesap

Mawi & Ekin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sy rasa perompak yang merompak rumah Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi ini tak ada internet dan Televisyen kot.Kalau diorang kenal siapa Mawi mesti dah minta sain di bajukan.Mungkin juga perompak dari Seberang.Yang pasti Qada & Qadar Allah tidak mengenal siapa diri anda.

Mengikut portal berita mStar Online kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi hari Isnin, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.Yang penting, Mawi dan keluarga berada di dalam keadaan selamat.




P/s : Kesian kepada Cahaya Malaika yang comel tu.Mesti terkejutkan.Kita doakan agar Mawi dan keluarga bersabar atas dugaan ini.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Kekeluargaan & Gaya Hidup.