Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 25, 2012

Piala Axiata 2012 | Eyriqazz

Ini bukan rasuah.haha.http://www.eyriqazz.com/2012/03/ini-bukan-rasuah.html 


Assalammualaikum,


Ini bukan rasuah tapi sy murah rezeki dapat hadiah daripada bro Eyriqazz tiket ke Kejohanan Badminton Piala Axiata 2012 di Stadium Badminton Cheras.Minta satu hari je tapi dapat tiket untuk dua hari kot.Bro Eyriqzz tak dapat pergi sebab wife dia sarat mengandung.Dapat je SMS dari Eyriqazz terus sy bergegas ke Wangsa Maju untuk ambil tiket tu.

Bukan senang nak dapat hadiah dari Bro Eyriqazz sebab contest yang dia anjurkan mesti ramai yang join.Contest terbaru My Pinky Moments Contest.Banyak ilmu yang sy dapat dari beliau tentang blogging dan macam mana Nuffnang pilih Blogger untuk dapat BE.Mestilah Win-win Situation antara Blogger dan Nuffnang.Nak dekat sejam jugak le berborak.Lepas ni Bro Eyriqazz kena belanja le baru syok nak sembang..huhu.Special thanks to Bro Eyriqazz,Nuffnang dan Samsung for the tickets.

Berbalik kepada Piala Axiata 2012,pertama kali sy tengok Perlawanan Badminton secara langsung di depan mata.Macam mimpi menjadi kenyataan plak tapi yang tak syok Lee Chong Wei tak main dia cedera tapi dapat tengok dia bagi sokongan kepada Malaysia Tigers.


SENARAI PEMAIN MALAYSIA TIGERS
Muhamad Hafiz Hashim , Liew Darren , Ariff Latif , Koo Kien Kiet/Tan Boon Heong , Goh V Shem/Lim Kim Wah

SENARAI PEMAIN MALAYSIA LEOPARDS
Zulfadhli Zulkifli , Iskandar Zulkarnain , Misbun Ramdan Misbun , Loh Wei Sheng/Ow Yao Han , Chooi Kah Meng , Teo Ei Yi , Nelson Heng Wei Kiet 



Senarai Pasukan Kejohanan Badminton Axiata Cup
Malaysia Tigers , Malaysia Leopards , Indonesia Garuda , Indonesia Rajawali , Thailand , Singapore , Vietnam , Philippines. 




Masa sy & wife masuk tu sedang berlangsung perlawanan di antara Hafiz Hashim dan Boonsak Ponsana.Malaysia Tigers melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Axiata 2012 
Mata pertama negara diraih perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, yang menundukkan jaguh badminton Thailand Boonsak Ponsana 21-19, 21-16. Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula terpaksa berdepan tentangan sengit gandingan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem sebelum mengalahkan mereka 25-27, 21-9, 21-16. Aksi cemerlang skuad negara diteruskan perseorangan kedua Liew Daren yang menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-18.

Antara gambar yang sempat diambil :

Apa ek nama pakcik penyokong kuat badminton nie ?

Iklan sebelum perlawanan

Sokongan dari LCW terbaek..

Malaysia menang 3-0 dengan Thailand

Penyokong kuat

Tengok pe tah

Koo dan Tan

Menang

Oooh...!!

Persembahan Pentas


P/s : masa nak balik tu kecoh makcik nie ingat sebab apa rupanya cari anak dia yang hilang.Harap berjumpa le.Bahaya sekarang nie semuanya nak hilang.Macam Chipmore.harap lepas nie sy murah rezeki lagi.Mana tau Bro Eyriqazz nak invite apa2 ke.Bagi hadiah lagi ke.huhu

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.