Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

April 12, 2012

SENYAP : Altimet Feat Broframestone




Semalam sempena cuti umum Pertabalan Yang Dipertuan Agong berlangsungnya program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Program di Aras Bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.Platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan kementerian.

SENYAP  menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon  

dan juga  Bro Framestone.  


Kebetulan semalam keluar dengan wife singgah di Putrajaya untuk memberi sokongan kepada kenalan blogger yang lama kenal Broframestone.'Selamat Pengantin Baru' ucapan pertama dari Bro.Terasa diri ini macam baru berlangsung Majlis Perkahwinan di Sungkai dan di Prt Buntar.Realitinya genap 4 Bulan usia perkahwinan kami.Alhamdulilah.



Satu program yang bagi aku banyak menyedarkan golongan belia iaitu golongan yang berusia di antara 18 - 40 tahun tentang peranan Belia dalam kesinambungan negara di Malaysia ini.Turun naik negara ini bergantung kepada golongan belia seusia ini.Sudah tentu aku tergolong dalam golongan ini.


Dengan menampilkan Altimet,pelbagai kisah hidup beliau sebelum bergelar artis sehingga sekarang menyentuh perasaan para hadirin.Kisah jiran beliau yang banyak menyedarkan beliau tentang erti Syukur dalam kehidupan maka dengan itu terlahirlah lagu Syukur.Sekilas pemerhatian aku hadirin yang hadir semuanya remaja seusia 25 tahun ke bawah.


Perut pun terisi dengan hidangan dari McD diberi Big Mac dan Spicy Chicken Mc Deluxe siap boleh minta tambah lagi macam di restoran McD plak.Best sangat yoo..Sebelum balik apa lagi sesi bergambar le.Ini antara gambar yang sempat diambil.Thank kepada Vyrec (Virtual Youth Resources Center) dan Kementerian Belia Dan Sukan.

Latar Belakang yang menarik


Altimet siap tunduk sikit.Yelah rendah



P/s : Jangan lupa 23 - 27 Mei 2012 ini Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.Tahun lepas aku masuk Konvoi LC tahun nie masuk Standard Chartered Fun Run 2012.Korang dah daftar ke belum.Malam nie tak dapat pergi Majlis Tayangan Eksklusif Filem BERANI PUNYA BUDAK sebab wife tak sihat loh.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.