Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 5, 2012

Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Syaaban

Assalammualaikum,

" Kenapa lama tak update blog.Rindu le nak baca !! "..Wah terngiang2 pertanyaan seorang rakan kenapa lama tak update blog.Tak sangka pula ada juga nak baca blog picisin nie ek..huhu..Sy ada je masih akan update blog ini kesayangan ini.Mana tak sayang 'Pujangga Malam'  sudah 3 tahun usia blog ini. :).Tak tulis di sini,sambil menjadi penulis jemputan di blog lain.Rezeki..



Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhanadalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.    

Pada 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:


1)  Memperbanyakkan puasa sunat.   

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
 
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.  


Sabda Rasulullah SAW: 
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”  

3)  Bertaubat   

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


#Durratun Nasihin,  
#Zubdatul Wa’izhin,
#Blog DenaiHati

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.