Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 | #SaveJejai

As Salam

Hari Raya Aidilfitri datang lagi.Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita bertemu Ramadhan pada kali ini.Ramadhan 1433H berada di penghujung sudah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan bertemu dengan Lailatul Qadar.

Hari ini dan semalam dijangka jalan raya di Malaysia dipenuhi dengan warga kota yang pulang ke kampung.Saya berharap korang semua berhati-hatilah di jalan raya jangan berhari raya di jalan raya berayalah di kampung halaman ingatlah orang tersayang.Biar lambat asalkan selamat.Saya doakan korang semua selamat senantiasa.

Raya tahun ini adalah Raya paling bermakna dalam hidup ini pertama kali beraya berdua.Alhamdulilah agar semuanya selamat.Duit raya pun bertambah kerana makin ramai anak saudara.huhu.Saya dan isteri ingin memohon maaf



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga disambut dengan bahagia
Yang pulang ke kampung bawa kereta,motor dan bas berhati-hati ya
Ingatlah orang tersayang

Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali diri ini dan isteri
Tersilap kata dan bahasa sepanjang mengendalikan blog ini
kami hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan & kesalahan
hanya Allah yang sempurna.Selamat Hari Raya Aidilfitri
10 jari disusun ampun maaf dipinta
Maaf Zahir & Batin.



Iklan Raya yang membuatkan air mata jantanku menitis pada tahun ini.
#SaveJejai
Berita yang mengejutkan diri ini apabila mendapat tahu yang Blogger saudara Azhar Bin Ramli a.k.a JeJai ( www.teratakarmo.com ) menghidapi " Lung Cancer Stage 4 ".Kalau diri ini ditempat Bro JeJai dah tak tahu nak buat apa tapi Bro JeJai masih lagi ceria dan menyembunyikan penyakitnya.Pertama kali bertemu semasa event Buka Puasa Nuffnang 2 tahun lepas.Mungkin bro JeJai tak perasan diri ini.
Perkhabaran berita sedih ini pun diketahui selepas berjumpa dengan Bro Eyriqazz baru-baru ini.Tapi masa ini public belum tahu tentang penyakit Bro Jejai dan Bro Eyriqazz memberi pesan agar berita ini dirahsiakan.Tapi disebabkan memikirkan tentang isteri dan anak-anak Bro JeJai akhirkan berita ini dihebohkan bukan untuk menagih simpati tetapi ingin meringankan beban Saudara JeJai sekeluarga.
Sumbangan boleh disalurkan terus kepada :
Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
Untuk mengelakkan akaun dibekukan ( freeze ) kerana mungkin kerana kemasukan kadar duit yang banyak sumbangan bolehlah disalurkan kepada pihak Fazreen Network yang menawarkan khidmat percuma untuk menguruskan dana dari penderma.
Bank: CIMB No Akaun: 12050002115101 Nama: FAZREEN NETWORK
ATAU
Bank: Maybank No Akaun: 562106625023 Nama: NURHIDAYAH AQILLA
Antara blogger yang membuat entry khas #SaveJejai
Saya percaya ramai lagi yang buat entry khas #SaveJejai

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.