Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

August 10, 2012

[ Video ] Tersentuh Hati Dengan Iklan Hari Raya 2012 Syarikat Bernas

Syahdu dan Sedih itu yang dapat dikatakan apabila diri ini menonton Iklan Hari Raya 2012 Syarikat BERNAS.Apabila Hari Raya menjelang tiba banyak iklan Raya yang keluar.Ini antara iklan Raya yang menyentuh perasan selain daripada Iklan Petronas ( Strangers ).

Dua orang kanak-kanak khas yang bernama Ahmad dan Fizi membina hubungan yang indah semasa di berada di Rumah Anak Yatim.Seorang buta dan seorang lagi kurang dalam pertuturan.Pada Malam Hari Raya, Ahmad dan Fizi memulakan perjalanan ingin menemui ibu Ahmad pelbagai cabaran di sepanjang
perjalanan mereka.Melalui usaha gigih dan keazaman mereka dapat mengatasi segala kemungkinan semasa perjalanan dan juga pertolongan daripada pemandu lori. Good Job kepada semua yang terlibat dengan iklan ini.Kita dapat tengok dari sudut yang berbeza dari kaca mata anak-anak yatim. Laknatlah bagi mereka yang memakan harta anak yatim dan mempersiakan hidup dia orang. Beruntung kita yang dikurniakan pancaindera yang sempurna.Semoga Allah memberi rahmat kepada nasib anak-anak yatim sebegini.Marilah kita sama2 doakan kebahagian untuk anak-anak yang senasib dengan mereka dan limpahkan rezeki dan berkati mereka selalu.Amin Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu ),"  Hadis riwayat Bukhari

Ini pula Iklan Hari Raya 2012 Petronas ( Strangers ).Tahun ini iklan Petronas sangat OhSem...

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.