Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 28, 2012

Rasai Pengalaman Menggunakan MiFi MF230 Dari P1


Pengalaman menggunakan P1 MiFi MF230 bersambung kembali.P1 MiFi adalah peranti yang menyokong sambungan wireless di mana sahaja.MiFi didefinasikan sebagai ' My Personal Wifi ' ianya disasarkan kepada pengguna yang senantiasa berada di mana-mana yang memerlukan sambungan internet.

Bagi saya sebagai seorang blogger, suami , dealer GCP dan juga senantiasa berada di luar elemen yang paling penting ada senantiasa 'online'.Fungsi utama yang ditekankan oleh saya adalah sambungan internet di mana-mana sahaja.Setelah hampir 3 minggu menggunakan Produk MiFi Modem dari P1 ini saya sangat berpuas hati dengan kadar kelajuan yang diterima dan saya boleh melayari Internet di mana sahaja walaupun di dalam kereta.

Spesifikasi P1 MiFi Modem 
Info
Dimensi96mm x 50mm x 14.8mm
Berat62 Gram
Sumber KuasaBateri (1800mAh) atau USB 5V
Bateri Li-Polymer (1800mAh) (Tidak boleh diakses)
• Mod Aktif : 4 Jam
• Mod Siap Sedia/Standby : 18 Jam
• Mod Hibernasi : Sehingga 9 hari
USB 2.0
Jenis SambunganMembenarkan 5 sambungan melalui WiFi dan 1 sambungan melalui USB didalam sesuatu masa.

Untuk maklumat lanjut Kelebihan 4G Portable MiFi Modem , korang boleh rujuk artikel sebelum ini

Kelebihan P1 MiFi 

Produk P1 MiFi memang ohsem sebab saiznya hanya sekecil tapak tangan dan sebesar business card.Boleh dimasukkan di dalam poket seluar kerana saiznya yang kecil.Kecil-kecil cili api walaupun kecil tapi kelajuannya boleh mencecah kelajuan 4G.Boleh connect dengan 5 devices yang berbeza dan 1 komputer dengan menggunakan USB.



Download Dengan P1 MiFi

Tidak lengkap jika ada sambungan Internet yang ohsem tapi kita tak melakukan aktiviti untuk download filem ataupun software yang berkapasiti besarkan.Produk P1 MiFi ini download speed nya adalah 4 Mbps.Jadi amat sesuai untuk kaki download tegar dan kaki sedut benda di Internet.

Maaf gambar kurang jelas.Kamera Handphone saja
Gambar di atas ada screenshot masa tengah download filem berkapasiti Blu Ray antaranya Battleship & The Dark Knight Rises.Kalau nak download yang marvelous kenalah pastikan coverage excellent.Tapi itu salah satu faktornya kerana download speed tidak bergantung sepenuhnya terhadap kelajuan Internet tapi ada faktor lain yang mempengaruhi.Kalau tidak macam siput le kelajuan Download Speed itu.Nak periksa coverage P1 di tempat korang boleh masuk P1 Coverage.

P1 MiFi - Plan ToGo

Bagi anda yang mahukan sambungan internet di mana sahaja bolehlah bertukar kepada MiFi Modem, Bagi plan ToGo kouta penggunaan sehingga 6Gb dengan kadar kelajuan yang tiada Limit.Seperti diberitahu ini bergantung kepada kekuatan isyarat coverage di tempat anda dan untuk makluman kadar kelajuan adalah 10 Mbps.

Beralihlah ke Plan ToGo 69


Akhir sekali terima kasih kepada P1 kerana memberi peluang kepada saya untuk menggunakan secara percuma produk terbaru daripada pihak P1 dan diharap diberi peluang menggunakannya dan menjadi hak sendiri selepas ini..huhu.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

7 comments:

  1. Ayat kat table spesifikasi tue cam kenal je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mmg ada dalam material cuma table tu tgk ko punya le..huhu..boleh kan

      Delete
  2. peh, rajin mendownload yek ko..hehe

    ReplyDelete
  3. wah...kecik je p1 mifi ni ye..besar kad je..senang tu nak bawak kemana2

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.