Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

October 12, 2012

Jom Tengok Pe3 - Bapak Segala Gangster


Filem Pe3 ( Pelan ke 3 ) menampilkan gandingan FKD ( Farid Kamil,Kamal Adli dan Diana Amir sebagai teraju utama filem ini.Filem arahan Farid Kamil ini sendiri mengisahkan sekumpulan perompak berprofil tinggi  dan licik menjalankan aktiviti mereka di Pulau Pinang.

Sinopsis Filem Pe3

Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan turut dibantu oleh orang kanan Megat ( Farid Kamil ) iaitu Fumi , Siva , Chat dan Jerry.Mereka semua mempunyai kepakaran dan keistimewaan tersendiri.



Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer.Chat dan Siva merupakan ahli kumpulan yang patuh kepada arahan ketua mereka.Untuk membantu Megat dia mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi.

Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina adik kandung Megat.Megat senantiasa menyusun aktivi-aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya.Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Licik dan cekap membuatkan kumpulan mereka senantiasa terlepas dari pihak berkuasa.Dalam masa yang sama pelbagai aksi dan kejadian berlaku semasa aktiviti mereka dijalankan.Namun begitu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya aktiviti kumpulan mereka dihidu oleh pihak berkuasa.Adakah Megat dan kumpulannya terlepas dari pihak berkuasa ?

Adakah kumpulan Megat dapat meloloskan diri atau sebaliknya ? Adakah ada yang menjadi informer pihak berkuasa ?

Lakonan

Farid Kamil - Kamal Adli - Diana Amir - Md Eyzendy - Taiyuddin Bakar - Fyza Kadir

Tarikh Tayangan : 18 Oktober 2012

Trailer Filem Pe3








# Macam menarik pulak tengok Trailer Filem Pe3 ini.Banyak adegan aksi terlampau dan suspen.Saya mesti pilih manalah tahu dapat pinjam kot dan cermin mata hitam Farid Kamil lagi.Agak-agak tergugat tak keenseman Blogger INI

Kot & Spek Farid Kamil.Promosi


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

4 comments:

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.