Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

October 15, 2012

Teruja Dengan Terjunan Bebas Felix Baumgartner

' Sangat teruja ' melihat kesungguhan Felix Baumgartner melakukan terjunan bebas untuk memecahkan rekod dunia.Felix Baumgartner dilahirkan di Salzburg, Austria pada tahun 1969.Penerjun dari Austria ini membuat percubaan kali kedua bagi memecahkan rekod dunia 23 batu terjun bebas (freefall) dari angkasa lepas pada pagi Ahad pada lebih kurang jam 11:00 malam waktu tempatan.



Felix berjaya melakukan terjunan dengan selamat dari ketinggian 24 batu (38.6 km) atau 127,900 kaki selepas lebih kurang dua jam perjalanan ke ketinggian yang diingini.Dia hanya ambil masa dalam empat minit untuk sampai ke bumi.Kelajuan dianggarkan mencecah 1000 km/jam lebih. 



Untuk rekod ketinggian sebelum ini disandang oleh Tentera Udara AS Captain Joseph Kittinger, yang terjun dari ketinggian 102,800 kaki pada tahun 1960. Untuk makluman, Red Bull sebagai penaja rasmi program Red Bull Stratos telah menghabiskan lima tahun untuk membuat persediaan ' mission to the edge of space '
Maklumat lanjut dan gambar-gambar boleh layari Red Bull Stratos
Jom layan saat-saat manis bagi Felix Baumgartner




Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.