Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

November 16, 2012

Perempuan & Rokok

Isnin lepas lunch di BaliFeel Bangsar South, pada mulanya tak kisah pun siapa yang duduk di sebelah tu.Pendengaran terganggu dek kebisingan meja sebelah yang seorang mamat ini begitu khusyuk bercerita tentang kerja yang dilakukannya.



Kedengaran 'Network' , 'Client' , 'CISCO' , aku pasti sekumpulan terdiri daripada 2 orang lelaki dan seorang perempuan bertudung ini bekerja di dalam bidang network.
Apa yang membuatkan aku memerhati mereka apabila aku secara tidak sengaja terlihat seorang perempuan bertudung dalam lingkungan umur 30-an sedang menghisap rokok.Pemandangan begini biasa aku lihat di kalangan perempuan yang ' free hair '.

Aku pun memerhati di bawah lantai dan kelihatan 3 puntung rokok di sekitar perempuan tadi.Dalam hatiku berkata kuat juga si gadis ini menghisap rokok.Persoalan aku berkisar mungkin si gadis ini stress di pejabat.Rokok di tangan perempuan itu terus disembunyikan di bawah meja kemungkinan tidak mahu terlalu menonjol.

Aku tak cakap salah tapi terpulanglah pada penilaian masing-masing, bagaimana sekiranya di sebelah mejanya sebuah family sedang menikmati hidangan dan mempunyai anak yang masih kecil terlihat kelakuan si gadis itu.Rasanya semua sedia maklum apa penyakit yang akan datang kalau hisap rokok.Cuma pendapat aku imej yang dibawa kurang sesuai.Pelbagai persepsi yang akan timbul di kemudian hari.

Tepuk dada tanya selera !

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.