Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 3, 2012

Akhirnya Jumpa Juga Pa & Ma

Sebelum ini pernah dengar Majalah Pa & Ma tapi buat tak tahu sahaja.Semalam habiskan hari dengan pergi menziarah sanak saudara dan juga kawan lama yang baru dapat baby.Dalam sesi perbualan dengan kawan lama aku diberitahu dari sekarang kau dah boleh mula baca Majalah Pa & Ma.Banyak info berguna untuk bakal ibu dan bapa.



Aku diberitahu minggu lepas ada diadakan 4th Maternity And Children Expo di Mid Valley.Terlepas le pulak tidak bolehlah juga beli apa yang patut.

Ok perkara dah berlaku biarkan pergi.Tapi dengarnya bulan January ini akan diadakan expo Baby di PWTC.Kali ini tak mahu ketinggalan.Dengarnya Blogger Keluarga ini pergi Expo di Mid Valley itu.

Akibat dihasut, pagi-pagi Monday Blues aku terus pergi kedai untuk beli majalah Pa & Ma.Lepas ini banyaklah ilmu yang boleh diperolehi dengan menelaah majalah ini.Semua ini cadangan dari kawan aku itulah.

# Ada sesiapa tahu di mana nak cari edisi lepas untuk Majalah Pa & Ma.Rasa hati macam nak buat koleksi.Tolang yerr

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.