Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 27, 2012

Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog

Pergghh daripada tajuk ' Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog ' pun sudah menunjukkan aku MESTI memuji tuan punya Blog Abang Ensem setinggi-tingginya.Kalau diikutkan muka Abang Ensem seirang Aaron Aziz seperti yang dicanang seantero alam maya.







Sebelum ini nama Abang Ensem begitu asing bagi diri aku, Aku kenal pun melalui Blogger ini setelah aku berbincang dengannya berkenaan aku ada berhasrat ini membeli rumah sekitar 4 bulan lepas.Beliau yang memperkenalkan aku supaya hadir ke seminar Hartanah yang bro AE anjurkan.

Pertama kali bertemu dengan Abang Ensem semasa seminar Wordpress anjuran Denaihati dan Eizil.Begitu banyak halangan dan cabaran akhirnya bulan Disember 2012 aku diberi kesempatan mengikuti seminar hartanah oleh Abang Ensem.

Seminar di bangi


Seminar hartanah Abang Ensem

Untuk tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem ada syarat-syaratnya :

  1. Like fanpage AE
  2. Buat satu entri di bawah tajuk ‘Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog'
     
Sebab utamanya :

Jika korang tak pernah terjah blog Abang Ensem adalah menjadi satu kerugian disebabkan pelbagai info-info tentang hartanah yang korang akan tahu.Kerugian ini akan terhapus jika korang hanya sekadar ingin menatap wajah Aaron Aziz.

Jika korang ingin mengikuti seminar hartanah yang santai dan POYO sambil ingin melihat ketak dan juga kepak Abang Ensem korang boleh hadiri Seminar Sembang Sub Sale Abang Ensem.Banyak ilmu baru yang aku dapat untuk beginner seperti aku semasa seminar ini.

Sebab paling utama adalah kerana blog Abang Ensem semakin popular dan aku ingin menjadi sebahagian daripada kepopularan beliau.Trafik dianggarkan 800 - 1100 unique visitors ( UV ) setiap hari.Paling musykil aku pelik isteri Abang Ensem tak baca ke blog dan Facebook beliau sebab pelbagai ' ayat-ayat ' manis memikat awek-awek.

Aku juga ini tempias ensem beliau datang kepada aku.huhu.Manalah tahu dapat masuk Bisnes Alternatif ke di kemudian hari seperti beliau.Siapa yang belum tengok Abang Ensem di Astro Awani boleh layan video di bawah.



Terima Kasih kepada Abang Ensem kerana memberi peluang kepada kami meluaskan network.Semoga maju jaya dan kita kaya dan berjaya dunia akhirat.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.