Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 4, 2012

MX230 Dari P1 Dalam Genggaman

Dah seminggu lebih pakai MX230 dari P1 tapi baru hari ini berkesempatan untuk bercerita tentang produk terbaru dari Packet One Network ( Malaysia ) Sdn Bhd.Sebelum ini aku ada menulis tentang modem MF230 dari P1 iaitu Kelebihan 4G Portable MiFi Modem dan Rasai Pengalaman Menggunakan MF230 dari P1.

Tidak lupa terima kasih kepada P1 kerana memberi peluang mencuba produk modem terkini iaitu MiFi MX230.Untuk makluman, modem MX230 telah dipertingkatkan daripada modem sebelum ini MF230.Aku pun tak tahu kenapa masih menggunakan 230 itu.Yang pasti modem terkini MX230 dari P1 berada dalam genggaman aku.

MX230 dari P1

Nampaknya P1 berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaru.Semakin hari semakin berkembang pesat teknologi terkini seiring dengan P1.Pengguna kalau boleh nak semua teknologi berada di poket seluar mereka.Sebut tentang Wifi ini, semua pengguna seperti hilang akal jikalau tiada sambungan internet.
Oleh itu, P1 MiFI ToGo MX230 adalah penyelesaiannya bagi pengguna yang mempunyai banyak gadget dan inginkan sambungan internet di mana-mana sahaja anda berada asalkan berada dalam lingkungan coverage P1.

Spesifikasi P1 MiFi MX230 Modem 


Info
Saiz69mm (Lebar) x 69mm (panjang) x 13mm (ketebalan)
Berat75 Gram
Sumber KuasaBateri (1600mAh) 
Bateri Li-Polymer (1600mAh) (Tidak boleh diakses)
• Mod Aktif : 6 Jam tanpa charging
Jenis SambunganMembenarkan 7 sambungan melalui WiFi dan 1 sambungan melalui USB didalam sesuatu masa.
Pakej MX230- P1 MX230 MiFi Modem dengan built-in bateri yang boleh di caj x 1
- Kabel Mikro USB x 1
- USB wall Power adaptor x 1
- Manual Pengguna x 1

Barang yang dapat

Free gift

MX230 semasa dicaj



Nantikan entry seterusnya untuk pakej yang ditawarkan oleh P1 serta kelebihan modem MiFi 'on the go'.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.