Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 3, 2012

Rawatan Gigi Di Klinik Nazreen

Sakit gigi ? Jumpalah Doktor Gigi.Dapatkan Rawatan Pergigian di Klinik Nazreen.

Zaman sekolah bila sebut doktor gigi kerajaan nak datang ke sekolah dalam hati mesti rasa sangat berdebar kalau boleh kita nak mengelat nak datang sekolah ataupun ponteng kelas.Situasi ini memang pernah aku lalui bukan takut tapi seram bila bunyi mesin ' gerudi ' itu menerjah mulut aku.

Masa beratur aku lebih rela biar kawan-kawan potong barisan kalau boleh nak barisan paling terakhir.Tapi itu dulu zaman kanak-kanak semuanya indah.Bila dah dewasa baru aku sedar tentang pentingnya penjagaan gigi selepas melihat kawan aku yang masih muda sudah tiada gigi dan juga struktur gigi yang berterabur.




Tidak bosan apabila menunggu untuk mendapatkan rawatan

Sejak dua menjak ini, bila makan saja mesti adalah anasir asing melekat di gigi.Masa ini rasa macam nak capai sahaja apa benda yang terdekat untuk keluarkannya.Apabila kerap sangat terjadi nikmat makan berselera tapi bila selepas makan itu yang perit.

Maka Sabtu minggu lepas aku ke Klinik Nazreen untuk mendapatkan rawatan gigi sambil membersihkan segala anasir asing di mulut aku.Berapa kerap dalam setahun anda buat rawatan gigi ? Jangan kata bila sakit baru nak jumpa gigi.

Tempat yang disediakan pun selesa.Tempat duduk yang banyak dan masa menunggu yang tidak lama.Doktor perempuan yang melakukan rawatan.Jika tidak selesa dengan doktor perempuan boleh datang Hari Jumaat baru ada doktor lelaki.

Doktor perempuan yang buat rawatan pun tidak ' ganas ' sangatlah merobek gigiku.Selesa saja dan ada juga consultant dari doktor.Sahaja gambar aku buat rawatan tak tempek malu le.

Pintu Depan Klinik Nazreen

Kaunter Pendaftaran


Ruang Menunggu Yang Selesa


Alamat Klinik Nazreen


Klinik Nazreen terletak di alamat :

Klinik Pergigian Nazreen
No.44A, Jalan ST 1C/4,
Medan 88,
Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang,Selangor.

Berdekatan Empress Hotel Sepang.Di tingkat atas Kedai Jual Perhiasan Lampu bersebelahan Kedai Jual Kereta Perodua.So apa tunggu lagi bersihkan gigi anda yang ' kuning ' itu di Klinik Pergigian Nazreen.


Untuk maklumat lanjut tentang Klinik Pergigian Nazreen ataupun ingin membuat temujanji bolehlah berhubung mereka melalui telefon +603-87062269 ( Isnin - Jumaat 9pg - 7ptg & Sabtu 9pg - 5ptg )

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

2 comments:

  1. Klinik gigi ni teruk la.jwb call pn ntah pape.btau la awal2 rehat 1-3ptg

    ReplyDelete
  2. Klinik gigi ni teruk la.jwb call pn ntah pape.btau la awal2 rehat 1-3ptg

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.