Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 10, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama

10.12.11 setahun sudah berlalu, Usianya baru setahun jagung tapi pelbagai cabaran dan dugaan diharungi bersama.Tarikh di mana aku memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang bernama Nor Izee.



Semenjak kau hadir dalam hidupku, tiada lagi keresahan, kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedar hingga ku izinkan.Kau yang bernama cinta.Kau yang memberi rasa.Kau yang ilhamkan bahagia.Hingga aku terasa indah, maaf jikaku tidak sempurna.Tika bahagia mula menjelma.Bila keyakinan datang merasa.Kasih disalut dengan kejujuran.Mencintai dirimu.Merindui dirimu.Memiliki dirimu.In Shaa Allah hingga ke Surga ikatan kita.
Wahai Tuhan Kami, anugerahkan lah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. ( Al-Furqaan : 74 ).


Our Anniversary's a very special day because it's a celebration of everything wonderful in our life together....

Macam-macam dah kita lalui sepanjang setahun ini sebagai suami isteri.Macam-macam juga kita belajar apabila hidup berpasangan ini.Semuanya perlukan kesabaran dan kekuatan.Syukur Alhamdulilah diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah.Alhamdulilah InShaa Allah kasih sayang kita akan bertambah tahun depan, dulu berdua tahun depan bertiga sebagai tanda kasih sayang kita.Kita akan terus belajar.


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA, SAYANG !

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.