Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

January 22, 2013

Ada Apa Dengan MX230

Ada apa dengan Modem Wifi MX230 ? Best sangat ke, connection dia lancar ke, Laju ke kalau nak download movie atau lagu.Itu mungkin persoalan yang bermain di minda setiap orang yang belum melanggan pakej ToGo dari P1.

Bagi aku yang sudah 3 minggu memiliki modem ini amat puas hati sampaikan rasa nak campak modem P1 Home dalam tong sampah saja.Ini dari pengalaman aku sendiri dah le kelajuan MX230 ini superb ditambah pula boleh bawa ke mana-mana sahaja, ringan dan paling best bila wife pergi shopping aku boleh melayari internet di mana sahaja.haha


Signal merah semasa di dalam bangunan Aeon Jusco Maluri

Tipulah kalau aku katakan kelajuannya senantiasa laju.Ia bergantung kepada tempat coverage P1 le tapi walaupun signal nya merah tapi tak menghampakan untuk melayari internet.Setakat nak browse Facebook dan Twitter itu celah gigi jer..

Kuasa bateri MX230 pun boleh tahan dalam 4 jam sepanjang aku online di luar dan menurut rakan-rakan blogger aku jika menggunakan 6 device dalam satu masa kuasa baterinya boleh tahan lama.Aku tak berkesempatan nak cuba sampai 6 device mungkin di lain masa P1 beri lagi pinjam modem untuk review boleh le cuba.

Online dalam perjalanan ke rumah kenduri.Signal hijau tu.

Semasa di Aeon Maluri

Apa yang boleh dikatakan memang terbaik bagi korang yang mempunyai segala macam tablet dan smartphones.Boleh melayari internet di mana sahaja.Tak perlu lagi bertanya kepada tuan punya kedai mamak ' macha apa password wireless di sini '.

Tapi pastikan dulu wilayah P1 di tempat anda.Barulah masyuk nak online.



                                             
Kenapalah lembab sangat P1 Home aku nie kata tak bayar bil bayar kot tiap bulan.Best juga kalau dapat tukar modem sekarang ke MX230.
          

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.