Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 19, 2013

TravelEurope London Part 1 - Impian Tercapai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulilah akhirnya impian tercapai untuk kami (honeymoon) travel ke London dan Paris dengan rombongan Cik Kiah.huhu.Perancangan Allah lebih Hebat daripada perancangan manusia.Alhamdulilah kami selamat pergi dan selamat sampai ke tanah air Malaysia ( ingat dah pilihanraya ).

Jauh perjalanan luas pemandangan.Perjalanan kami sekeluarga bermula di Stesen ERL Bandar Tasik Selatan dianggarkan pukul 4petang 7 March 2013.Tiket seorang dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA RM26.50.

ERL Bandar Tasik Selatan

Perjalanan dengan ERL mengambil masa dalam 35 minit.Sampai di KLIA lebih kurang pukul 5 petang dan terus check in.Dalam perjalanan dari rumah hingga ke check in pelbagai dugaan berlaku hanya kami sekeluarga dan Allah yang tahu.Tidak perlu diceritakan rasanya.Tapi syukur semuanya selamat.Untuk makluman,jika bawa surat doktor untuk ibu mengandung boleh diterima.Mula-mula cuak juga takut MAS tak lepas naik penerbangan.Syukur.


Check passport dan thumb up

Pemeriksaan Kastam

Menaiki Aerotrain ke gate C1-37

Penerbangan tepat jam 7.30ptg berlepas ke Hanoi dengan menaiki Vietnam Airlines dan Transit di Hanoi.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam ke Lapangan Terbang Hanoi.Lebih kurang seperti AirAsia.Berehat sebentar 2 jam di Hanoi sebelum Menaiki Boeing Vietnam Airlines ke London.Pertama kali penerbangan terus hampir 13 jam dari Hanoi ke London Gatwick.Taklah rasa bosan sebab boleh layan movie dan tidur.Akhirnya impian tercapai untuk melihat filem yang direkomen oleh Blogger INI

Selamat tinggal Malaysia

Waktu sebelum bertolak

Tak sah kalau tak posing di dalam kapal terbang

Transit sebelum penerbangan ke london Gatwick




Bersambung entry seterusnya selepas ini pengalaman pertama kaki menjejak kaki ke bumi British yang mempunyai undang-undang seperti Malaysia sebab Malaysia pernah dijajah oleh Orang Inggeris.Stay tuned..

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

3 comments:

  1. Bestttt nya...

    Kak sumi honeymoon kat penang jer..hik3

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikummnak tanya kak macam mana nak tempat viatnam airline tu..sb try byak kali tak bolehh

    ReplyDelete
  3. ASKLM...tumpang tanya..urusan baggae bila transit di vietnam ok x?sbb plan nk ke paris london via vietnam airlines...ok x airlines dia

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.