Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 20, 2013

TravelEurope London part 2 : Menjejak Kaki Di London

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry SEBELUM INI.

Lebih kurang 9 pagi kami sampai di London.8 jam beza waktu di Malaysia dan London.Kepala pun pening tengok waktu apabila tiba di London.Alhamdulilah Allah memberi kesempatan aku ke Kota London pertama kali.Seperti bermimpi kami sekeluarga dapat menjejak kaki ke London.Boleh diibaratkan ' honeymoon ' kami bertiga di United Kingdom.

Tour Leader CK Loh telah mengingatkan kami supaya bersedia dengan dokumen perjalanan,tiket pergi balik dan seangkatannya supaya senang melepasi kawalan Imigresen di London.Undung-undang di sini memang ketat ambil gambar sebelum pemeriksaan Imigresen pun dilarang.Macam-macam soalan yang ditanya oleh Pegawai Imigresen di antaranya tinggal di mana,lepas London hendak ke mana dan macam-macam lagi..Nasib baik aku dah trim janggut takut disangka Osama Laden pula..Cuaca di Lapangan Terbang London boleh tahan sejuk ditambah hujan pagi itu dianggarkan suhu 20 darjah celcius.

Hotel di depan Airport.

Satu hari dibawa berjalan di Kota London sebelum pergi makan di waktu petang..Layan dulu gambar-gambar sepanjang perjalanan di Kota London untuk hari pertama.


Chelsea or Fulham
Haiwan ternakan

Rumah Inggeris

Tesco Extra 24 jam

Megane
Tiga benda yang menampakkan Kota London adalah bas 2 tingkat,Telefon warna merah dan Teksi yang begitu klasik.Itu yang diberitahu oleh Tour Leader.Cara pemanduan di UK juga seperti di Malaysia sebelah kanan.Jika perasan papan tanda pun lebih kurang di Malaysia.Malaysia pernah dijajah oleh british oleh itu sedikit sebanyak ada persamaan tapi kita olah undang-undang mengikut acuan kita tersendiri.

Bas Dua Tingkat di Kota London

Telefon Awam di London

Serius sejuk sangat kebas muka.Teksi klasik

Tidak lengkap rasanya kalau datang ke Kota London tak menaiki London Eye dan bergambar dengan David Beckham.





Apabila sakan berjalan tak terasa lapar pula.Sampai petang barulah kami makan di Restoran Melur.Tidak sukar untuk mencari masakan halal di UK.Diberitahu owner Restoran Melur dulu orang Johor sebelum diambil alih oleh owner orang Kedah.Tekak tak terasa asing sangat sebab masakan orang Utara kan.Restoran Melur terletak di Edgware Road ( boleh rujuk DISINI ) menghidangkan makanan Malaysia dan Indonesia.Masakan Kari dia memang terbaik.Pekerjanya pun ramah belaka termasuklah pekerja berambut panjang itu.

Restoran Melur

Perut kenyang mata pun rasa mengantuk.Kami check in di Holiday Inn Berkeley Street, London.



Bersambung selepas ini : Pengalaman naik Tube ke Batu Keras ( Hard Rock ) macam LRT kalau di Malaysia tapi lebih maju.Stay tuned....


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.