Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 26, 2013

TravelEurope London Part 3 : Bicester Village Dalam Kenangan

Entry SEBELUM INI

- IMPIAN TERCAPAI
- MENJEJAK KAKI DI LONDON


Memang indah saat bila dapat travel ke oversea dengan di sponsor tempat tinggal dan makan.Catatan diteruskan keesokkan pagi ke Bicester Village outlet untuk shopping.Terdapat lebih 150 kedai yang menjual barangan branded dengan harga murah berbanding Malaysia.Sesuai dengan tagline ' Your Destination For Fashion '.Perjalanan dari hotel penginapan ke Bicester Village mengambil masa 1 jam.







Kalau bawa duit banyak seronoklah kalau nak shopping di sini.Pelbagai barangan branded boleh dapat di sini.Satu hari pun tak cukup untuk masuk kedai sebanyak itu.Kami belanja sekadar mampu dan dapat apa barangan yang diingini.Cukup berbeza kedai seperti Prada,Coach,Clarks dan sebagainya penuh dengan orang berbeza sungguh jika ingin membeli di Pavilion,KLCC ataupun di The Gardens.



Dari pagi sampai ke petang di Bicester Village tapi tak terasa lapar bila bershopping.Ini antara hasil tangkapan di sini.Sikit sahaja.Ada yang shopping tak ingat dunia penuh 2 belah tangan untuk mengangkatnya.



Pelik bila keluar dari outlet ini terus terasa perut sakit rupanya lapar.Apa yang boleh disimpulkan di sini memang puas hati kalau nak shopping tapi kena ikut kemampuan sambil tangan ligat pegang calculator untuk convert duit Pound kepada RM.Takut ter over budget.Tempat yang selesa terdapat kemudahan tempat duduk dan bilik untuk sembahyang.Cuaca pagi itu pun sejuk giler.

Masih Amatur

Masa untuk Dinner semula di Restoran Melur lagi.Kena simpan tenaga sebab malam nak naik Tube ke Hard Rock Cafe London beli cenderahati sikit.Kami naik di Stesen Gloucester Road dan turun di Stesen Hyde Park Corner.Tak silap tambang pergi balik lebih kurang 9 pound.


Menaiki Tube London



Hard Rock Cafe

Alhamdulilah semuanya selamat walaupun rombongan kami pergi sendiri tanpa Tour Leader.Sebelum balik singgah sekejap ke Tesco Express 24 jam.Walaupun penat hati tetap seronok.Tidur awal esoknya nak bergambar lagi di Royal Albert Hall, Kensington Palace dan Oxford Street.Stay tuned..

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

2 comments:

  1. Jgn lupa buat photobook gambar di London. .leh wat kenangan kan?

    http://Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. Salam En.Faizal....saya Faizul dari Kelantan...August ini saya akan ke London sorang diri...just nak tanya memandangkan En.faizal dah kesana...setahu saya Imigresen London mahukan senarai itinenary kita bila sampai sana...psl dgr khbar Imig sana sgt straight.....cuma nk tahu apa soalan dorang dan apakah itinenary En.Faizal..??...

    Psl penah terjadi Imig sana hantar balik visitor pda hari yang sama..

    harap dapat kongsi pengalaman En.Faizal kat London...harap dapat watsapp saya di no 019-943 0338.....moga perkongsian En.faizal menjadi rujukan berguna pd saya...

    Tkasih

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.