Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 12, 2013

10 Kesilapan Paling Hot Semasa Bulan Ramadan



Alhamdulilah zaman sekarang makin canggih dengan teknologi bukan sahaja dalam Facebook atau di Twitter orang boleh beri nasihat di WhatsApp pun boleh.Aku telah menerima Whatsapp dari seorang rakan karib berkenaan 10 Kesalahan paling hit ketika Ramadan.Aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.



1) Tidak Bersahur

Puasa orang Yahudi dan Orang Islam sama sahaja, yang membezakan adalah puasa Orang Islam ada sahur.Sahurlah walaupun dengan air kosong.


2) Sahur Terlalu Awal

Makan berat apabila lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh.Itu bukan sahur tapi itu supper.

3) Terlebih-lebih Tidur

Apabila terlebih tidur itu merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah.Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah tapi kalau over sangat itu dianggap bedebah.

4) Berbuka secara Buffet sampai Buncit

Ini sudah menjadi trend setiap hotel-hotel menyediakan bufet Ramadan apabila bulan Ramadan kunjung tiba.Ada yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam Terawih pun kelaut.Walaupun Terawih itu sunat tapi bulan lain ada ke solat Terawih.

5) Membazar hingga membazir

Bila tiba di Bazar Ramadan sahaja mesti rasa semua makanan nak dimasukkan ke dalam perut.Itu orang panggil lapaq mata.Bila berbuka minum air pun dah kencang, makanan yang diborong sudah membazir.

6) Sambut hari Raya mengalahkan Ramadan

Hari kedua Ramadan di sini pun dah ada yang bermain mercun dan ada yang mendapat kecelakaan akibat bermain mercun.Patutnya bulan Ramadan yang itu dimuliakan berbanding Syawal.Pada bulan Ramadan syaitan dibelenggu 1 Syawal syaitan akan dibebaskan.

7) Solat Terawih tapi tidak Qiamulai pada malam Lailatul Qadar

Nabi kadang-kadang meninggalkan Terawih.Tapi Nabi akan strunggle pada 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar.Wow pahala bonus 1000 bulan tu.

8) Puasa tapi tak solat

Ada juga orang yang macam ini.Puasa tapi tak solat.Solat itu kan wajib sepanjang hidup puasa di bulan Ramadan pun wajib tapi sebulan sekali sahaja.Pahala puasa pun pending sebab tak solat.

9) Sibuk beribadah lupa cari ilmu

Bulan Ramadan bulan ilmu.Semua ibadah tak ada guna tanpa ilmu.Ada juga terdegar yang larang Tazkirah ketika Ramadan.

10) Gagal upgrade ilmu selepas Ramadan

Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

# Selamat Berpuasa semua.Peace yoo

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.