Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 29, 2013

Damia Dah Mula Hisap Jari

Damia dah semakin membesar dan bertambah beratnya.Nak dukung pun dah terasa beratnya.Lenguh jugalah12 Ogos 2013 genaplah Damia 3 bulan.Pergi check up di Klinik hari itu, Alhamdulilah Doktor beritahu tumbesarannya ikut carta yang ditunjukkan.

Sekarang kami perasan yang Damia dah mula menghisap jari kirinya.Adakah ini normal ?



Hisap jari kiri 

Doktor beritahu ini adalah normal bayi seusia begini.Kentut juga normal bagi bayi.Menghisap jari juga bukan tindakan lambat memberi susu kepadanya.Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti.

Namun untuk mengelakkan perkara ( menghisap jari ) berterusan amalkan perkara ini :

- Balut jari bayi
- Sapukan bahan yang tidak disukai seperti Lada Sulah ( rasa macam kejam sangat ) pada ibu jarinya.
- Beri pujian bila dia berjaya melupakan habit itu.
- Libatkan anak dengan aktiviti pergerakkan tangan
- Dan paling penting jika berterusan jumpa Doktor untuk nasihat lanjut


Jangan terkejut pula jika korang akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa.Sebab ini berlaku terhadap kami, kami melihat Damia semakin hari semakin membesar.Dah mula pandai gelak apabila namanya dipanggil atau di acah.Ini adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan.


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.