Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 9, 2013

Pertama Kali ke Cherengin Hills,Janda Baik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak keliru juga untuk mencari jalan ke Janda Baik,Pahang.Nasib baik tak terlepas naik ke kaki Genting Highlands selepas melalui Hentian Genting Sempah.Perjalanan bermula melalui MRR2 dan memasuki Lebuhraya Karak.Kami sekeluarga behenti sebentar di Hentian Genting Sempah untuk makan tengah hari.

Laluan sepanjang ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik,Pahang agak mencabar jalan kampung dan apabila berselesih dengan kenderaan lain perlu berhati-hati kerana laluan sempit.Ada sekali dua berselisih dengan bas perghh cuak juga takut bercalar kereta.

Kami sampai lebih kurang 2 jam 30 minit masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Janda Baik.Kalau ditakdirkan bertolak malam memang aku tak beranilah disebabkan lampu jalan yang kurang banyak dan laluan yang sempit.


Gambar yang sempat aku ambil tak berapa banyak sebab Damia nak dukung sahaja bila keluar.Nak menghirup udara segar kot.Bagi aku Resort ini memang memang sesuai untuk pengunjung yang cintakan persekitaran kehijauan dan nak lari dari hiruk pikuk di kota Kuala Lumpur.Sejuk sahaja apabila melihat pokok-pokok yang menghijau.Tempat ini juga sesuai untuk syarikat atau orang perseorangan yang ingin mengadakan seminar atau aktiviti gathering ke.








Terdapat 3 jenis bilik iaitu Superior,Deluxe dan Executive Suite.Rate harga semalam pun boleh tahanlah taklah terlampau mahal berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.Jika korang berminat bolehlah layari www.cherenginhills.com



Travel Blogging Contest by HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral - See more at: http://hipmomreport.com/blogging-contest-for-visit-malaysia-2014/#comment-127

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.