Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

August 27, 2013

Nasi Lemak Kuning ?

Nasi Lemak Sri Kuning Parit Buntar atau lebih dikenali Nasi Kuning di kalangan penduduk sekitar Pekan Lama Parit Buntar.Bukan orang Parit Buntar lah kalau tak tahu di mana kedai Nasi Lemak Sri Kuning.

Dalam fikiran kalau nasi lemak mesti berwarna putih kan tapi berlainan Nasi Lemak Kuning nasinya berwarna kuning.Keistimewaannya kesedapan sambal ikan bilis walaupun nampak simple tapi memang sedap dan telur goreng mata kerbau akan dimasak apabila diminta.Kalau nak separuh masak boleh suruh dia gorengkan.

Google Image


Nasi Kuning biasa hanya telur goreng dan sambal tapi kalau nak lauk pauk lain ada saja seperti hati goreng,ayam goreng,telor puyuh pun ada tau.



Dulu semasa sekolah memang menu favourite tapi bila dah duduk jauh ni bila balik kampung saja boleh makan.Kalau korang singgah Parit Buntar datanglah ke kedai Nasi Lemak Sri Kuning untuk breakfast.
Rasanya sepanjang tinggal di Lembah Klang dan Shah Alam tak pernah nampak lagi kedai yang jual Nasi Lemak Kuning ni.Kalau ada boleh tolong beritahu ye..


Yang best bila makan diluar dibawah rimbuhan pokok dan udara yang sepoi-sepoi bahasa.Memang nyaman sangat bila merasa kelazatan Nasi Kuning ini.Aku sangat syorkan kalau datang sini rasailah keenakkan Nasi Kuning ini.Ada lagi tempat yang menarik di sini.Rupanya Blogger Kacak ini satu kampung dengan aku.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.