Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

August 26, 2013

Tahniah Kepada Diri Sendiri

Assalammualaikum,

Ini gara-gara makan banyak lemang dan ketupat lah blog makin lama tak 'hapdet'.Setiap minggu ada sahaja ' open house '.Ini tak boleh jadi kena diet ini.

Alhamdulilah Jumaat lepas menjadi pengomen terpantas dan berpeluang review handphone.Itulah keberkatan hari Jumaat semoga kita dimurahkan rezeki.Rezeki bukan sahaja sekadar wang ringgit termasuk jugalah rezeki kesihatan yang baik.



Ramai yang bertanya macam mana aku dapat peluang ini,Mukadimahnya secara tak sengaja aku ada terbaca post di group Denaihati Network Ninetology Malaysia ada buka peluang kepada blogger untuk menyertai Blogger's Review Program yang diberi nama ' Tech Kaiju Arena '.

Aku pun hantarlah maklumat dan email kepada alamat email yang diberi.Aku hantar sajalah dapat tak dapat itu belakang cerita.Tengok selang berapa hari aku di invite untuk masuk closed group Facebook Tech Kaiju Arena.Tapi masa ini aku masih tak tahu terpilih ke tak.

Mungkin Allah dah tulis rezeki untuk aku,Jumaat lepas aku menjadi pengomen terpantas apabila ditanya soalan sebab ada blogger yang tak dapat join untuk batch pertama.Maka hari ini aku tersenarailah antara 10 blogger pertama untuk review handphone jenama Ninetology model U9X1 dan Samsung S3 selama seminggu.Esok petang nak ambil handphone di Mid Valley.



# Nak review ' kaw2' mana tahu ada  rezeki dapat salah satu handpone Ninetology dan Samsung ini.Doakanlah yee

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.