Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 13, 2013

Damia Tak Sakit Apabila Bersunat

Semalam genap usia Damia 4 bulan dan bawa Damia pergi khatan ( bersunat ) dan cucuk di Klinik Famili Dr.Wan Kamariah.Ingat lelaki sahaja bersunat ? Serius dalam kepala otak ingat hanya lelaki sahaja bersunat dan perempuan bersunat masa lahir hari itu.

Aku pun tak perasan bila masa Dr tu sunat Damia,tengok dah siap Dr tu kata.Aku tengok Damia tak menangis pun.Tak sakit ke Damia apabila sunat ? Aku pun berfikir.Tapi bagus jugak senang sikit kerja tak perlu memujuk Damia.Aku tahu Damia seorang anak yang kuat merujuk kepada maksud Izz ( kekuatan ).


Terlalu awal sangatkah Damia berkhatan ? Ikut nasihat Dr elok bersunat semasa bayi nanti taklah aktif sangat bayi tu menendang sana sini.Ada juga bayi selepas lahir dan bersunat.Tak tahu pula paling lewat bersunat bagi anak perempuan.Sunat anak perempuan bukannya macam anak lelaki kena berpantang dan kenduri kendara.Anak perempuan lepas sunat dah boleh berjalan.Dr guris sikit saja,sekejap sangat sampai tak perasan.

Seronok pula tengok gelagat Damia masa mula-mula nak sunat.
Muka macam terperangat sikit

Tengok saja orang

Memang suka tengok kelibat orang

Muka cuak ke apa nie

ok selesai dah.




Sharing is caring dari Ustaz Zaharudin :


Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.



Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.