Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 1, 2013

Detik Paling Mengembirakan Damia Dah Mula Meniarap

Detik paling mengembirakan kami adalah dapat melihat perkembangan Damia di depan mata kami.Terdetik dalam hati kami betapa sukarnya ibu bapa kita menjaga kita dari mula lahir hingga dewasa.Hargailah ibu bapa korang.

Detik paling mengembirakan kami apabila Damia mula meniarap.Kami dapat perhatikan kesungguhan Damia untuk cuba memusingkan badannya walaupun agak sukar.Dari jauh kami beri sokongan moral agar Damia ' never give up '.




Paling seronok apabila dah malas sangat tambah penat tertidur terus sambil meniarap.Bayi belajar meniarap apabila dia dapat mengawal pergerakan kepala dia dan ototnya.Damia masih belum mahir untuk memusingkan badannya dari keadaan meniarap ke terlentang tapi sebaliknya dia berjaya daripada terlentang kepada meniarap.Cuma masih gagah untuk keluarkan tangannya dari bawah badan.

Kami cuba untuk mendorong Damia agar dia mendekati kami kerana dengan cara itu membolehkan bayi akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Kami akan berikan tepukan dan senyuman apabila Damia berjaya dalam misinya.

Kami kagum dengan pencapaian permulaan meniarap Damia dan pada masa yang sama dapat menghiburkan kami sekeluarga melihat Damia membesar dan menemui kebolehan baru.Sekarang Damia selesa tidur meniarap tapi kami tak biarkan lama kerana macam risau pulak sakit dada nanti.




Kami seakan tidak sabar untuk melihat perkembangan demi perkembangan.Tak sabar pulak nak tunggu Damia berjalan.Perkembangan setiap bayi berbeza-beza ada yang cepat dan ada yang lambat.Apa yang penting beri sokongan dan dorongan kepada bayi anda.Kerapkan puji dan tepuk tangan apabila dia dapat melakukan sesuatu yang baru.Seriously, saat melihat perkembangan Damia amat menyeronokkan.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.