Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 3, 2013

Harga RON95 Dan Diesel Naik Tapi Pam Minyak Yang Rosak

Di Facebook dan Twitter kecoh petang semalam kerana harga minyak Ron95 naik.Ada yang kata khabar angin tidak kurang juga yang mengiakannya.Akhirnya desas desus berita jam 8 malam mengesahkan harga RON95 dan Diesel naik 20sen tengah malam 3 September 2013. 

"  PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel."

Di Malaysia kalau bab harga minyak naik rakyat Malaysia memang sangat sensetif.Nak menyesal pun harga tetap naik.Kebetulan memang malam itu aku nak keluar jadi isi minyak jugalah.Isi minyak di Shell Plus Sg Besi,memang beratur panjanglah masa ini.Yang aku angin tu biar gambar di bawah berbicara.



Baru pukul 10 malam kot ada notis ditampal di pam ' Minta maaf RON95 rosak sebarang kesulitan amat dikesali '.Ini memang aku kesal sangat.Aku tak perasan notis ini dah bayar di kaunter tengok notis itu aku terus minta duit balik nak isi kat stesen minyak lain.

Alih pergi isi minyak di stesen minyak lain ada pulak RON95.Itu pun beberapa pam sahaja yang ada RON95.Apa maksud itu sebelum pukul 12 malam pam rosak pulak,mungkin 12 malam juruteknik dia baru datang baiki kot.So Lu Pikir le sendiri beb !!


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.