Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 8, 2013

Kelebihan Ninetology U9X1

Pernah dengar smartphone jenama Ninetology ? Secara jujur ini pertama kali aku dengar nama Ninetology.Jika tidak ditaja oleh Ninetology untuk mencuba smartphone Ninetology U9X1 selama seminggu aku tidak berpeluang untuk merasai kelebihan smartphone ini.Lagipun ada orang nak tahu pasal smartphone ini.So aku cuba untuk memberi yang terbaik !

Ninetology adalah syarikat daripada Malaysia.Mereka telah mengeluarkan 3 jenis model smartphones, model U9X1, U9Z1 dan U9Z1+.Dengan skrin bersaiz 4.8 inch, kamera 13.0 Megapixel dan Quad Core 1.2 GHz memberi kepuasan kepada muda-mudi dalam segmen Android.Walaupun tidak sehebat jenama terkenal seperti Samsung tapi agak berbaloi dengan duit yang dibelanjakan.Jom kita selidik serba sedikit tentang U9X1 ini berbanding Samsung S3.


Spesifikasi Ninetology U9X1



Technical Specification
Saiz69.9mm (Lebar) x 137.8mm (panjang) x 10mm (ketebalan)
Berat160 Gram
Sumber KuasaBateri (2200mAh) 
Stand by Time lebih 400 hours
• Mod Aktif : Lebih 8 jam
Operating SystemAndroid 4.2
Display- Saiz 4.8 inch
- Resolution 720 x 1280 HD
- Teknologi Super AMOLED HD,IPS Touch Screen,309 ppi
- Manual Pengguna x
- Camera : ( Rear ) 13.0 MP , Front Camera 2.0 MP 720p HD

Rekabentuk


Sama tapi tak serupa dengan Samsung S3.Sekali imbas seperti Nexus S.Bucu bulat dihujung seakan sama.Begitu juga butang depan seperti Samsung.


Di bahagian belakang U9X1 menggunakan plastik yang sangat nipis untuk mengeluarkan bateri,simkad dan kad memori.Kekurangan susah nak buka bahagian belakang ini untuk mengeluarkan bateri dan simkad.Rosak kuku apabila dibuka.



Samsung S3 mempunyai ketebalan 8.6mm dan U9X1 lebih tebal iaitu 10mm.Walaupun smartphone ini tidak terlalu nipis, tapi apabila memegangnya tidaklah terlalu tebal dan tidak terlalu besar untuk dimuatkan di dalam poket seluar.Kalau tapak tangan kecik tak dapatlah nak menolongnya.
Kelihatan paparan 4.8 inci Super AMOLED HD lebih kecik daripada yang sebenarnya.


Ciri-Ciri

Walaupun skrin yang agak besar 4.8 inci ia tidaklah susah untuk digunakan dan sangat selesa bila digenggam.Menggunakan resolusi 720 x 1280 HD.Simpanan dalaman sebanyak 16GB dan U9X1 mempunyai dwi-sim yang menyokong dua kad sim 3G ini bermakna kedua-dia kad simboleh menggunakan 3G dan rangkaian data HSDPA.


Apabila ada panggilan hanya satu simkad yang akan aktif.Sim lain tidak dapat menerima panggilan atau membuat panggilan sehingga diletakkan.




Kesimpulan


Outdoor : Siang


Outdoor : Malam


Outdoor : Malam

Smartphone Ninetology U9X1 berharga sekitar RM1099 yang ditawarkan.agak mahal sikit berbanding segmen seangkatannya.Boleh terlepas pandang kelemahan kecil untuk smartphone.Paling ketara kesusahan membuka cover belakang untuk mengeluarkan bateri ataupun simkad.Kamera bising apabila ditangkap atau aku yang tak tahu setting.Paling menarik smartphone ini mempunyai flashlight, rasanya tak pernah tahu pun smartphone lain ada flashlight.


Aug 27, 2013 | Unboxing by faizalpj on Keek.com




Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

7 comments:

  1. Aku dah sambar 2 bijik. Kengkawan mula2 tengok, kata s4. Hehehe. Tak kisah la. Janji senang memakai. Bleh laysn hd kat phone ni dah kira ok la

    ReplyDelete
  2. boleh tahan juga spec Ninetology u9x1 ni

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.